>Kanta Lekap

>

Coloured Contact Lens, originally uploaded by alconway.

Lama tidak menulis. Sejak memulakan semester baru. Semangat baru. Lebih rajin kononnya. Ha Ha Ha.

Tahun lepas HE hendak tukar cermin mata HE. Maklum sahaja, anak HE yang seorang itu suka main cermin mata bapa dia. Jadi sudah banyak kali juga terselamat. Kalau kalian biasa tengok cermin mata, bila kita letak cermin ata di hidung, ada benda yang menahannya secara terus ke hidung. Untuk pengetahuan kalian, benda itu sudah tiada sebelah. HE pun tidak tahu macam mana boleh hilang. Harapannya hendak tukar cermin mata baru di Chiba lagi tetapi ditangguhkan sebabnya kalau berkaitan dengan mata selalunya Jepun agak kibishi. Memandangkan harga cermin mata Jepun ini tidak la murah atau tidak mahal tetapi kalau beli pun masih mahal, jadi HE bercadang hendak guna kanta lekap sahaja.

Rupanya tidak mudah untuk memakainya kerana hal berkaitan dengan mata perlukan rawatan pakar sebagaimana perubatan yang lain. Jadi untuk memakai cermin mata atau kanta lekap, perlu dapatkan rawatan doktor pakar mata dan surat pengesahan mereka barulah boleh membeli kanta lekap di kedai. Jika tidak jangan harap dapat membelinya.

Baru-baru ini, kerajaan Jepun mengumumkan pembelian kanta lekap berwarna di kedai-kedai juga akan melalui proses yang sama. Ini bermakna pembelian kanta lekap berwarna juga memerlukan rawatan pakar di klinik mata dan barulah boleh membeli di kedai. Sebelum ini kanta lekap berwarna di Jepun dikategorikan sebagai barangan kosmetik atau barangan fesyen dan sehinggalah kini ia baru dikategorikan di bawah undang-undang farmasitikal. Pelik tapi benar. Bagaimana dahulu kerajaan jepun boleh mengklasifikasikan dua benda yang sama (kecuali warna) di bawah undang-undang berbeza.

Bila memikirkan di Malaysia, mudahnya kita memperolehi kanta lekap jika ada power yang bersesuaian. Akhirnya pakai cermin mata yang sedia ada sahaja.

kibishi: tegas

5 thoughts on “>Kanta Lekap

  1. >cerewetnya. kat sini, hanya ambik yang dah sedia dalam kotak aje, kan? (kecuali kanta lekap saya sebab ada power utk astigmatism – kena order)tak pun, kenalah consider buat LASIK. Hehehe

  2. >dh tiga thun tak tuka cermin mata..kat malaysia sng je nk beli contact lens..siap ada promotion utk first timer lagi dlm campus universiti..Hari ni hari kesihatan mata sedunia..(dlm MHI bgtau pagi tadi..)..Hari Khamis Minggu kedua dlm bulan oktober…

  3. >HE, sy mula pakai kanta lekap tahun 2 di fukushima. masa tu just pergi ke kedai then dorang check. kemudian beli terus. mudah dulu. tatau skrg dah kibishii yo ne. dah dekat 10 thn sy pakai…

  4. >Ler.. nak pakai contact lens pun kene jumpa pakar dulu.. Susahnye.. Dulu Shy pakai gak lens.. Tkpi dh malas dh..Dulu HE selalu beli lens kat Kotaraya kan…

  5. >Thanks HE sbb share a good info. baru tahu jepun ada law camtu skali. Kat sini, orang tak faham pasal mata pun boleh jual semberono, smpi mata customer sakit dan rosak! kalau ada artikel law pasal contact lens kat jepun tu, bolehlah kirim pd saya. p/s: kitaorang boleh pos contact lens kalau bagi prescription😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s