>Barang Berjenama

>

hip hop style, originally uploaded by djflowerz.

Saya sudah selesai berkaitan sambutan Aidilfitri. Kini ruang untuk berpuasa sunat Syawal. InsyaAllah. Teringat kalau di Malaysia, sebelum raya mungkin memerlukan peruntukan yang boleh tahan untuk sambutan Raya ini. Balik kampung (minyak, tol), Duit Raya,  Barang kuih-muih, barang memasak juadah Aidilfitri, Pakaian anak-anak. Kadang kala bila membeli terbeli yang berjenama dan kononnya berpegang pada asas kualiti. Tetapi dalam masa poket yang dirobek-robek itu, sanggupkah kita memegang konsep kualiti berdasarkan poket berbanding keperluan.

Bercakap soal membeli barang berjenama atau branded di Jepun, memanglah di sini tempatnya. Sebahagian (mungkin bukan sebahagian tetapi lebih dari separuh) daripada orang Jepun gemar dan mementingkan barangan berjenama khasnya wanita tetapi tidak ketinggalan juga lelakinya. Paling mereka gemar ialah beg. Selain daripada beg, mereka juga gilakan pakaian dan fesyen. Kak Aini Zakri ada bercerita tentang gelagat orang kita membeli beg berjenama terkenal di Jepun yang kononnya lebih murah.

Orang Jepun sanggup berhabis kerana jenama. Pada HE biarlah berpadan. Mungkin harga bag tidak padan dengan barang yang hendak disimpan di dalamnya. Kalau pakaian pun tidak begitu cerewet hendak membelinya, janji HE suka.

Semalam menonton sebuah rancangan di Jepun. Ada kupasan tentang orang jepun membeli barang berjenama terkenal. Cuma yang best di Jepun, mereka ada pusat atau syarikat yang membeli semula barang terpakai khasnya untuk barang berjenama. Menjual semula barang-barang terpakai memang banyak, HE pun banyak membeli barang terpakai untuk rumah di sini. Keadaannyanya masih elok. Khasnya perabot.

Berbalik pada rancangan TV tersebut, pada masa kini, mereka yang memiliki barangan jenama, akan menjual semula barang tersebut kerana bebrapa sebab iaitu:

  1. Barang tersebut sudah tidak popular dan bukan rekaan terkini.
  2. Menjual barangan anak kerana anak yang duduk sekali dengan mereka tidak membantu apa apa. jadi wang hasil jualan barang anak mereka akan digunakan untuk membeli banrang makanan terutamanya telur.
  3. Menjual barangan berjenama kerana hendak membeli Merc Benz.!!!!

Jangan tak tahu, di Jepun, beg juga sebahagian daripada keperluan, aksesori dan fesyen lelaki.

3 thoughts on “>Barang Berjenama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s