>Eid Mubarak 2008

>

Kad Raya 2008, originally uploaded by hairieusoff.

Ucapan Hari Raya di Berita Harian
Ucapan Hari Raya di Utusan Malaysia
Ucapan Hari Raya di Harian Metro
Perantau.

Hari ini, Lebaran di Bumi Matahari Terbit. Walaupun tidak tidak meriah seperti di Malaysia, HE sekeluarga cuba memeriahkannya di dalam rumah sahaja. Hari ini juga ada kelas yang hendak dihadiri.

Pagi-pagi lagi sudah menggerakkan Adia dan Arisa untuk mandi. Pujuk Adia yang sudah semakin liat hendak mandi itu (kerana cuaca semakin sejuk) sudah memakan setengah jam. Mujur pakai senjata yang baik. Pakai baju baru dan boleh jadi cantik. Cepat-cepat dia pergi mandi. Adiknya pun papa dia yang mandikan sebab mamanya sibuk. Walaupun tidak ada orang nak datang beraya, mama tetap masak nasi impit, rendang daging, serunding daging, ketupat daun palas (segera), nasi beryani dan ayam ros. Terima kasih mamanya. Terpaksa makan berulang. Banyak. kalau di Chiba dulu, ramai kelompok Malaysia, di sini, yang seorang tupun balik Malaysia beraya AKA ponteng.

Nasi Beryani Ayam, originally uploaded by hairieusoff.

Raya kali ini, tema serba warna perang (coklat). Sama naik dengan warna hiasan dalaman rumah Jepun. “Matching” betul dengan warna lantai rumah HE. Asalnya isteri HE sudah dapat baju raya dari ibunya berwarna coklat, lantas HE minta mak HE untuk kirimkan baju Melayu berwarna sama. Bila terima, dapatlah HE dan Adia secara pakej baju berwarna coklat.

Nasi Impit, originally uploaded by hairieusoff.

Mamanya telefon ke Malaysia untuk maaf bermaafan. HE pula pakai YM. Maka kami berkumpullah di depan komputer untuk mengucapkan selamat dan bermaaf-maafan. Kelebihan teknologi membuatkan HE dapat melihat mak HE menangis. Maklumlah rindu sudah dua kali tidak beraya sekali. Yang anaknya seorang ini tak reti-reti nak balik. Bukan apa, memang tidak mampu dari segi kewangan untuk balik. Tambahan pula isteri bersalin bulan sudah. Dalam sibuk berYM, sempat juga mengambil gambar walaupun menerusi webcam sahaja.

berYM di Pagi Raya, originally uploaded by hairieusoff.

Adik HE bertanya, tak ada rancangan Raya di TV secara berseloroh. HE jawab Ya. Ada. Drama Jepun. Walaupun baju Melayu yang dipakai HE itu setakat jam 2 (kerana ke kelas), Adia pakai sampai malam. Mamanya dah salin uniform lah sebab nak masak.

Kepada yang masih bercuti dan tidak berkuliah mungkin boleh manjalani suasana Raya sepanjang hari, tetapi HE mungkin ala kadar sahaja. Janji ada rasa gembira kerana “kejayaan menyelesaikan” tugas di bulan Ramadhan. Kadang kala ada di antara sahabat dan saudara yang bekerja atau kelurga yang miskin atau anak yatim dan sebagainya di mana mereka ini menyambut serba kekurangan, justeru apa yang HE raikan ini sudah cukup menggembirakan.

Selesai sesi tersebut, masih ada tugas dan tanggungjawab perlu diselesaikan. HE ke kelas. Berhari Raya seorang perantau.

6 thoughts on “>Eid Mubarak 2008

  1. >berwebcam…paling aku elak dulu ngan keluarga masa lebaran. masatu MSN Mesenger dah ada…mmg advance betul ICT thn 1998 kat sana…. aku xnak sbb takut mak abah nampak aku BANJIR…hik3. aku telefonpun ptg 1 syawal nak elak BANJIR besar….syahdu bro…kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s