>

Higanbana 4, originally uploaded by hairieusoff.

Semasa pulang dari Keio, HE lihat ada satu festival bunga ayang akan di adakan hujung minggu ini. Sudah masuk Musim Luruh, bunga suasana musim luruh pula yang akan mekar. HE tidak tahu namanya tetapi dari kain rentang tertulis “彼岸花”. Di rumah, minta isteri bacakan bunyinya. “Higanbana” bunyinya. Bila cari-cari di internet, saudara mara bunga Lily atau Amaryllis.

Higanbana 3, originally uploaded by hairieusoff.

Bunga ini dibiar tumbuh ditepi-tepi longkang sahaja. Sama seperti bunga Ajisai yang mekar semasa musim panas lepas. Tiada orang hendak petik pun. Agaknya mereka sudah biasa dengan bunga-bunga.