>Kisah Anjing

>

a dog in pink stroller, IMG_0874, originally uploaded by gohsuket.

Ramai orang bercerita tentang anjing untuk beberapa ketika khasnya tentang makanannya. Di Jepun, anjing dilayan dengan mewah dan seperti anak sendiri. Pelik.

Yang pasti mereka mesti membawa “anak” mereka itu berjalan setiap hari agar otot “anak” mereka dan otot mereka kuat. Tidak cukup itu, anjing itu juga dipakaikan baju mengikut musim. Iya lah, dikhuatiri sejuk atau panas anjing itu. Itu tidak tahu bagaimana pula mereka beri makan di rumah. Ada beberapa kedai/restoran di Jepun membenarkan anjing duduk sekali untuk makan sepinggan.

Semasa di Chiba, HE pernah lihat pusat grooming dan hotel untuk anjing-anjing sekiranya tuan mereka bekerja luar atau pergi bercuti tetapi tidak boleh membawa anjing mereka, jadi hotel ini akan menjaga anjing mereka sepanjang waktu bercuti.

Sesuatu yang paling menarik ialah beberapa pihak penguasa kerajaan tempatan menetapkan undang-undang agar pembela anjing perlu mengaut najis anjing mereka jika “anak” mereka itu “melepas” semasa mereka membawanya berjalan-jalan. Di Jepun ada aksesori atau beg khas untuk menyimpan tahi anjing.

Jadi tidak sesuai untuk menyamakan sesuatu keadaan yang teruk dengan anjing di Jepun. Di malaysia mungkin “ya”.

5 thoughts on “>Kisah Anjing

  1. >Ya, nak samakan sesuatu, samakan dengan yang betul-betul teruk. Contohnya : "zalim macam iblis" atau "jahat macam setan". Sebab dua-dua makhluk tu memang jahat di mana-mana. Tapi, kalau Islam, bila dah disamakan dengan yang haram, di mana-manapun akan haram.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s