>Kakitangan Awam atau Rakyat

>Pepatah Melayu kerap mencerminkan resah jiwa orang Melayu ibarat kata pepatah “Diluah mati emak ditelan mati bapa” dan ia sekali gus menceritakan tekanan orang Melayu sebagaimana kupasan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir di dalam buku ulungnya, Dilema Melayu. Tajuk di atas adalah dilema seorang berbangsa Melayu dengan statusnya sebagai seorang kakitangan awam dan juga statusnya sebagai seorang rakyat Malaysia.

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin berkata kakitangan awam hendaklah menyerahkan soal politik kepada orang politik selesaikan.

Petikan berita Bernama tersebut tidak menyatakan secara jelas maksud Perdana Menteri tetapi jika diukur dengan situasi politik semasa kakitangan awam seperti saya berpandangan agar kakitangan awam usah mengambil kisah soal-soal politik dan hanya pihak pemerintah sahaja yang menyelesaikan tentangnya. Walaupun kenyataan itu ada kebenarannya, tetapi kakitangan awam juga adalah rakyat yang menentukan hak undi mereka. Tidak molek rasanya pemimpin memaksa telunjuknya ssedangkan pemimpin telah menunjukkan rekod yang tidak disenangi prestasinya.

Akbar Tandung and Gus Dur, originally uploaded by dodo hawe.

Niat tulisan ini bukan menghasut apatah lagi meminta orang ramai melakukan perkara tidak baik dalam menghuru-harakan negara. Sebaliknya ia sebuah pandangan kerdil seorang yang rakyat yang juga berstatus kakitangan awam yang selama ini senyap tetapi memerhati dari jauh. Kadang kala hati terlalu geram untuk berkata-kata tetapi kita hanya insan biasa. Bukan dari kalangan orang politik mahupun cerdik pandai. Pendamkan perasan sahaja bukan sesuatu yang baik kerana ia hanya membuatkan orang yang kita geram tidak mengetahui perasaan kita sebenarnya.

Tulisan ini juga bukan satu justifikasi sokongan terhadap puak-puak tertentu dan penetangan sekeras-kerasnya kepada sesiapa mengatakan saya menyokong pemimpin ini dan itu.

Saya suka melihat perubahan pucuk pimpinan yang berlaku antara Tun Dr. Mahathir dan Abdullah pada Oktober 2003 dan saya berpandangan keadaan yang berstatus maju dan berwawasan akan diteruskan oleh Abdullah. Maka dengan itu saya melihat sokongan terhadap kejayaan Pilihanraya tahun 2004 adalah menifestasi rakyat seperti saya juga kepada pihak pemimpin di atas sana. Sebaliknya kejadian terhadap krisis pengurusan negara dalam hal-hal tertentu oleh Abdullah menyebabkan rakyat tawar hati dan ini menimbulkan kemarahan rakyat. Akibat kemarahan rakyat yang ditambah dengan pelbagai keputusan yang dibuat Perdana Menteri untuk beberapa kali terlihat kepincangan dalam kebijaksanaannya mengepalai kerajaan, maka pihak pembangkang mempunyai ruang yang cukup besar untuk menyucuk api kemarahan rakyat. Ini menjadikan senjata pihak pembangkang kuat. Walau bagaimanapun pihak pemerintah masih tidak menyedarinya atau buat-buat tidak menyedarinya.

Hasilnya, pada pilihanraya tahun 2008 menyaksikan apa yang terbuku di hati rakyat diterjemah kan melalui keputusan yang agak mengejutkan dalam sejarah parti pemerintah. Saya melihat bukan sahaja saya, kelurga saya yang sebelum ini menyokong parti pemerintah telah merasakan mereka tidak lebih dari patung. Mereka bekerja untuk diri sendiri dan bukan berkepentingan rakyat tatkala keputusan-keputusan yang diambil. Pada zaman Tun Dr. Mahathir, beliau juga mengambil keputusan yang tidak popular tetapi kita boleh melihat hasilnya. tetapi sekarang hasil dan keputusan sememangnya tidak popular.

Di dalam kes sekarang kepimpinan parti pemerintah harus mencari punca masalah. Apa yang saya lihat, para pemimpin kerap kali nampak simptom kepada punca masalah. Justeru, kebanyakan pemimpin parti pemerintah suka menjadi penuding jari. Saya bukan penyokong Anwar tetapi saya juga tidak menyokong cara parti pemerintah yang memperlihatkan tindakan keanak-anakan. Mereka (Datuk Ahmad Said ) menuduh Anwar mungkin menjejaskan ekonomi dan juga menyatakan (Abdullah) Anwar mahu lingkupkan ekonomi negara. Pada HE usah mengatakan lantai tidak rata jika tidak pandai menari. Jadilah manusia yang mengenal diri. Seperti perenggan awal, punca masalah negara sekarang adalah kerana rakyat tidak yakin dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Itu suatu hakikat yang perlu diterima oleh sesiapa pun. Jadi tidak perlu sesiapa di dalam kerajaan ataupun kabinet atau menteri untuk menidakkannya. Penyelesaian kepada punca masalah tersebut adalah Perdana Menteri tidak sepatutnya diterajui oleh pempimpin sekarang. Caranya Perdana Menteri perlu mengundurkan diri. Apa juga alasannya sebagaimana Tun Hussein Onn menggunakan alasan kesihatan, berhenti demi kepentingan negara. Bermuhasabahlah diri dan mengenali diri dan lihatlah rekod dan kemampuan mentadbir negara. Tiada apa yang jelek sekiranya berhenti demi kepentingan negara. Tidak rugi rasanya Perdana Menteri berundur dengan niat kepentingan negara berbanding kepentingan diri atau terasa aib bersara awal.

Beberapa tindakan perdana menteri untuk memperbaiki pemerintahannya seperti penyerahkan potfolio tertentu pada waktu tertentu mencerminkan sikap mengelak diri daripada ancaman. Sebagai contoh, Selepas pilihanraya 2008, kementerian yang dirasakan bakal bertanggungjawab dengan beban berkaitan suasana politik iaitu kemnetrian Dalam negeri di serahkan kepada orang lain. Kemudiannya selepas krisis kewangan di Amerika Syarikat pada waktu sekarang ini, jawatan Menteri Kewangan diserahkan kepada Najib Tun Razak. Dalam banyak hal juga Perdana Menteri terlalu melepaskan kementerian kepada Menteri untuk membuat keputusan sehinggalah menteri untuk Kementerian lain boleh memberi ulasan kepada Kementerian lain.

Sebagai kakitangan awam, walaupun tertakluk kepada parti pemerintah dalam pelaksanaan kerja, mereka ada dilema mereka sendiri apabila secara terang majikan memperlihatkan pengurusan yang tidak baik. Walau bagaimanapun ereka terpaksa akur. Suka atau tidak, mereka digajikan oleh majikan mereka. Dalam resah gelisah dan hati penuh dilema, maka dalam pada itu, kakitangan kerajaan ternampak untuk melebihkan diri mereka mejadi rakyat. Bukan bermaksud tidak bersyukur dengan pemberian pemerintah tetapi pemerintah juga perlu mensyukuri pandangan rakyat melalui pilihanraya yang lalu. Jika tiada pandangan diberikan, dan pemerintah tidak menginsafinya, ia dikhuatiri diakhiri dengan persamaan sejarah kerajaan dunia. Bagi menafikan anggapan 50 tahun sebagai susut nilai sebuah pemerintahan, pempimpin perlu menginsafinya.

One thought on “>Kakitangan Awam atau Rakyat

  1. >Salam HE,I'm a silent reader, but this posting attracts me a lot. Being a Malay Muslim Malaysian whom is working abroad, in-country political chaos rambles my dignity. I've been surrounded with all-the questions which to be honest, I do not have an answer. Strictly I am not a big fan or AI, but now also not in favour for AAB. Whom will drive us?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s