>

eyes on the rice – Beras Malaysia, originally uploaded by zetty yada.
Di negara kita sejak naik harga minyak, harga beras pun naik. Tapi di hati kita, masih mahu makan nasi kerana ia adalah kehidupan kita. Dari zaman tok nenek kita, resepi makanan kita adalah makan bersama nasi.
Di Jepun juga, makanan asasnya nasi. Cuma berasnya berbeza sedikit daripada kita.. Kalau di Jusco, berasnya tentu lebih mahal, sudahlah harga import dan di tambah harga krisis makanan sedunia.

Beras Jepun, originally uploaded by tokunori.
Sekarang di Jepun ada kisah tentang beras. Ada beras yang dicampur dengan beras yang bertujuan untuk membuat gam. Jika di Malaysia kita buat gam dengan tepung kaji, di Jepun ada beras yang kanjinya dibuat gam.
Negara maju seperti Jepun pun mengalami masalah tipu menipu, jadi tidak hairan negara kita yang sedang membangun pun banyak penipu. Penipu di tepi jalan mahupun penipu pemegang kuasa. Love n peace bro!
>wahh…beras jepun mcm rupe kristal2 gitu..
>beras Jepun yg ada kat Jusco sini masih tak naik harga. Malah, lebih murah beli beras Jepun dari beli beras basmathi Maharaja/Faiza
>salam..berasnya agak comel…bulat gitu..