>Lahirnya Seorang Lagi Rezekiku

>

Newlyborn, originally uploaded by hairieusoff.

Jam 1.46 petang waktu Jepun pada hari ini 13 Ogos 2008, lahir dengan selamatnya bayi perempuan seberat 2975 gram di Klinik Yoshida. Anak dan Mamanya sihat. Ini sebuah lagi rezekiku yang tiada ternilai. Kelahiran anak kedua HE.

Buat masa ini tidak berkesempatan mengambil gambar dari kamera digital sendiri, cuma gambar ini diberikan oleh Klinik Yoshida bersama rakaman tangisan pertamanya di dalam sebuah album mini. Buat masa ini anak HE sempat dipegang sekejap selepas isteri melahirkan anak. Pada waktu itu sahaja diberi pegang oleh jururawat untuk kesempatan melakukan Qamat di telinganya. Mama juga hanya pegang sekejap sehigga Klinik memindahkannya ke bilik sendiri sesudah sembuh segala luka. Kala ini pelawat (termasuk bapanya) hanya mampu melihat anak dari luar cermin sebagaimana bayi lain.

Dalam masa seminggu ini, nama perlu diberikan untuk pendaftaran di Dewan Bandaraya Fujisawa. Sudah ada nama di kepala HE tetapi apa kata kalian memberikan sumbangan idea untuk bayi perempuan HE ini. Kriteria.

1. tidak mahu panjang. hanya dua perkataan.
2. Setiap satu perkataan dalam 2 atau 3 suku kata.
3. Ada nama mempunyai sedikit bunyi-bunyian Jepun kecuali Ayumi (Ayumi dah reject awal-awal) dan dalam masa yang sama ada juga bunyi-bunyi nama Melayu.
4. Maksud nama yang indah-indah
5. Pangkal nama bermula huruf “A” dan Nama kedua bermula dengan “Z” atau “A” juga – Contoh, “Alkisah Zaman” atau, “Alkisah Anda”

Advertisements

One thought on “>Lahirnya Seorang Lagi Rezekiku

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s