>Langkah Ke Stadium

>

Foot step to Stadium, originally uploaded by hairieusoff. (Photo credit: Xinhua)

Upacara Pembukaan Olimpik Bejing 2008 bermula di Kota Negara China pada jam 8, hari ke-8 di bulan ke- 8 tahun 2008 dengan rasmi dan menyaksikan keindahan kisah kebudayaan bangsa Cina. Jika isteri tidak mengandung, memang menjadi perancangan HE dan keluarga mengunjungi Upacara ini di Beijing. Bukan senang hendak ke Olimpik. Tetapi sudah tiada rezeki ke sana.


Olympic Ring
, originally uploaded by hairieusoff. –
(Photo credit: Cameron Spencer/Getty Images)

Jam 9 malam menonton upacara pembukaan via NHK dengan komen yang sederhana tetapi informatif tidak seperti Hasbullah Awang yang terlalu banyak berkata-kata dengan ulangan cerita menyaksikan perhimpunan manusia disamping teknologi bunga api dan kecanggihan idea persembahan. Kagum.

Beijing 2008, originally uploaded by ky.wong.

Memulakan persembahan dengan countdown dalam bahasa Cina dan paparan nombor bercahaya LED oleh pemukul gendang, majlis sudah pasti diklimakskan dengan pancuran bunga api berwarna warni. Paling menarik, sebuah lembaran besar yang juga dengan paparan LED seperti warkah besar terbentang menyatakan kepada dunia inovasi terawal bangsa Cina terulung iaitu kertas dan catan.


Beijing 2008, originally uploaded by ky.wong.

Rahsia nyalaan obor juga didedahkan pada malam itu apabila veteran gimnastik China membawa obor digantung ke bumbung stadium untuk berlari ke kawah obor yang berbentuk lipatan kertas untuk dinyalakan.

Beijing 2008, originally uploaded by ky.wong.

Bila agaknya gelung-gelung Olimpik akan masuk ke dalam stadium di Malaysia?

Advertisements

4 thoughts on “>Langkah Ke Stadium

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s