>Kehebatan Teknologi Youtube – Esmee Denters

>Beberapa hari lepas, melayari youtube dari satu video ke satu video melihat gelagat manusia dan adakala mempelajari sesuatu. Sempat juga menunjukkan video kepada anak bagaimana kandungan dalam perut dan memberitahu bagaimana adiknya bakal lahir. Dalam lompat melompat, sesuatu yang menarik perhatian HE adalah bagaimana ruang Youtube ini menjadi satu sumber pencarian maklumat penting sebagaimana kita melayari enjin gelintar lain seperti Yahoo, Google dan MSN. Berlainan dengan enjin pencarian yang lain, fokusnya lebih kepada capaian video.

Atas teknologi Youtube ini, seorang gadis bernama Esmee Denters yang berasal dari Belanda telah menandatangani kontrak dengan Tennman Records iaitu sebuah syarikat ramkaman milik penyanyi Justin Timberlake iaitu bekas penyanyi kumpulan NSync.

Siapa Esmee Denters? – Klik Sini untuk saluran Esmee di Youtube

Gadis ini mempunyai kegemaran merakamkan nyanyian lagu-lagu cover version ke dalam kamera video milik kakaknya. Video ini pula akan diletakkan di dalam youtube untuk dipersembahkan. Tidak berapa lama dia menjadi selebriti internet yang mungkin tidak dijangkakan.

Dia mendapat respon yang cukup hebbat dengan nama-nama besar dalam dunia muzik di Amerika seperti Kelly Rowland bekas penyanyi Destiny’s Child, malah Oprah juga mula menerbitkan saluran Youtubenya sendiri kerana kehebatan teknologi ini dalam pemasaran media.

Jadi betapa bagusnya sesuatu teknologi jika dimanfaatkan bagi sesuatu perkara dan semestinya jika ia digunakan untuk kebaikan, maka baik yang kita perolehi. Jika jalan buruk yang kita gunakan, maka buruk lah yang kita dapat. Ramai kalangan kita mempunyai bakat atau mempunyai usaha-usaha tertentu untuk diketengahkan, pandai-pandailah kalian memanfaatkan teknologi yang sedia ada di depan kita seperti Youtube ini.

4 thoughts on “>Kehebatan Teknologi Youtube – Esmee Denters

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s