>Tag – 7 Things About U

>

Lavender, originally uploaded by hairieusoff.

Menerima Tag dari tuan blog yang bernama Nashriza.

The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog. I have to write about my self? Do I have to be honest? or just write in by using a mask at my face.

SESUATU TENTANG DIRIKU YAG KALIAN PATUT TAHU

1. Aku pemalas tetapi cerewet. Apa agaknya kontradiksinya ya? Contoh. Aku malas berkemas tetapi aku tak boleh tengah rumah aku bersepah. Macam mana itu?

2. Aku suka dengar muzik kuat-kuat. Kat rumah di Malaysia, aku pasang Hi-Fi kuat-kuat untuk dengar lagu atau pasang DVD. Kat kolej dulu pun aku suka pasang radio kuat-kuat sampai orang lain complain.

3. Aku suka menulis daripada bercakap. Sebab itu aku lebih suka berYM (Yahoo Messenger) daripada berjumpa orang untuk bercakap. Aku bukan jenis suka bercakap di telefon lama-lama. Aku juga suka menulis di blog kerana bila aku bercakap aku lebih gagap daripada aku menulis. Aku juga suka menulis puisi. Ada puisi kumasuk ke dalam majalah Universiti. Ada puisi ku masuk dalam majalah tetapi, sehingga satu saat, aku menjadi bosan dan aku tinggalkan puisi. Aku percaya, banyak cakap, banyak bohongnya.

4. Aku suka makan tapi aku sangat takut untuk membina badan (gemuk). Aku makan hampir (diulangi hampir) setiap makanan. Mak Aku dulu memang suka paksa aku makan apa yang dia makan. Katanya rugi tak rasa. Jadi aku makan semua, tiada yang aku pantang kecuali yang tidak halal. Pun begitu aku sangat takut kalau berat badan aku naik sebab aku kalau makan ibarat kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah. Sekali aku makan, sekali itu juga dengan derasnya berat badan aku berubah. Jadi aku sangat berjaga-jaga dengan kuantiti.

5. Aku akan berjaya dengan usaha dan bukan kerana bakat. Sesetengah orang, kerana bakat dan kelebihan tertentu, mereka akan memperolehi kejayaan. Walau bagaimanapun, aku adalah manusia yang kena berusaha keras untuk mencapai sesuatu. Ya aku juga pasti ramai seperti aku. Bukan bermakna aku menidakkan rezeki dari Allah, cuma pada pandangan aku, ada manusia yang mudah baginya mendapat kejayaan berbanding orang lain. Jadi aku adalah kalangan yang kena bermati-matian untuk berjaya.

6. Aku suka membeli belah di tingkap sahaja. Ini kerana selain melaukan senaman berjalan kaki, ia juga mengemaskini maklumat aku tentang produk baru khasnya barangan elektrik, muzik dan apa sahaja yang aku suka tengok. Cara ini juga dapat mendekatkan diri dengan interest ahli keluarga kita dan mereka juga mengenali apa yang kita minati. Tapi jika ada duit banyak memang aku akan shooping.

7. Terakhir sekali, Aku suka merakam upacara pembukaan dan penutupan sukan-sukan besar seperti Olimpik, Komenwel atau SEA Games.

Seterusnya masa untuk memberi tugasan kepada:

1. Kawejauh
2. Kawaii Desu
3. Ixora
4. CikF
5. Hanny
6. Arsaili
7. Ina

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s