>Hanabi (Bunga Api)

>Musim Panas. Di Jepun, pada musim ini akan menyaksikan pelbagai tempat dengan pertunjukan bunga api. Nampaknya untuk pergi ke tempat-tempat begitu pada musim kali ini mungkin hanya mimpi kerana isteri sedang sarat dan hanya menunggu waktu untuk bersalin. Tetapi kasihan pula melihat anak menyebut-nyebut “hanabi, nak hanabi”.

fire work 3, originally uploaded by hairieusoff.

HE ke kedai dan pada kala ini memang banyak bunga api di jual sebagaimana kita pada musim Raya. Bunga api di sini nampak simple sahaja tetapi menarik juga. Untuk musim panas tahun lepas, tidak pernah HE dengar lagi ada budak yang putus tangan kerana membuat mercun buatan sendiri. Kalau di Malaysia, gamaknya dengan kebanyakan kedai menjual bunga api dengan meriahnya, alamatnya mungkin banyak yang putus jari atau tangan.

fire work 2, originally uploaded by hairieusoff.

Selepas membeli bunga api untuk anak, kami bermain di taman. Walaupun tertera di taman itu, tidak membenarkan bermain bunga api, HE dan anak main juga (usah ikut perilaku begini). Hendak bermain di kawasan rumah, gusar akan ditegur jiran tetangga, jadi kami bermain di taman sahaja.

fire work 1, originally uploaded by hairieusoff.

Adia pada mulanya takut, tetapi kerana cantik, dia mencuba juga. Kemudian ada bunga api yang lebih cerah warnanya, dan menjadikan dia agak takut dan akhirnya, papa dan mama juga yang jadi tukang pegang. Adia tengok sahaja.

Sekadar melepaskan keinginan Adia untuk bermain bunga api, tidak sampai 15 minit tamatlah sesi itu. Bermain bunga api adalah melihat keindahan kala kita dalam dalam kegelapan. Kadang kala sesuatu situasi yang sekejap itu sudah cukup mengesankan apabila kita dalam kedukaan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s