>Usah dinilai buku pada kulitnya

>

BBMII, originally uploaded by Nat20_Film.

Pulang dari mencari barang bersama isteri dan anak, tiba-tiba di tengah jalan seorang lelaki tua cuba menegur.

Dari Malaysia? Sapanya
Ya, jawab kami.

Dia cuba mengingati beberapa perkataan untuk meneruskan perbualan dalam bahasa kita. Nyatanya, dia mempunyai kemahiran berbahasa Indonesia. Katanya anak HE comel lantas meminta anak HE menciumnya. Adia tanpa malu, mencium pipi lelaki tua itu. Rindu dengan Tok Wannya barangkali.

Kami mengakhiri perbualan apabila dia melintas jalan ke seberang. Dalam hati kami, betapa bahayanya jika kami mengutuk orang tanpa mengetahui mereka ini mempunyai kemahiran bebahasa kita.

Kita tidak boleh menilai manusia melalui luarannya sahaja. Siapa sangka mereka yang kelihatan bodoh-bodoh seperti orang tua yang HE jumpa ini mampu bertutur dalam bahasa Malayu. Dalam dunia yang kebanyakan kita menyatakannya menghampiri penghujung zaman, banyak tanda-tanda terpancar agaknya dan kita tidak mungkin boleh menilai manusia menerusi penampilan. Usah menilai buku dari kulitnya.

ps: yang ternampak baik tidak semestinya baik dan ternampak jahat bukan semestinya jahat. Kejadian di Akihabara menunjukkan muka yang baik tidak bererti tidak bahaya.

Advertisements

One thought on “>Usah dinilai buku pada kulitnya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s