>Ondo sushi

>

Ondo sushi, originally uploaded by hairieusoff.

Pernah makan sushi? Jika kalian belum pernah dan memang tidak biasa makan, kali pertama memang agak sukar seperti HE. HE buat pertama kalinya makan sushi di Malaysia di Genki Sushi di Suria KLCC. Itupun kerana “date” HEketika itu memang menggemari sushi (sekarang isteri). Untuk menerima cabaran HE cuba juga sushi walaupun HE tidak pernah mencubanya.

Genki Sushi di Malaysia sama seperti Kaiten Sushi lain di Jepun dan HE percaya ia sememangnya francais dari Jepun. Di Jepun logo yang sama seperti Genki Sushi di Malaysia tidak memakai nama Genki Sushi. Sebaliknya menggunapakai nama Sushi Ondo. Imej berwarna kuning masih sama, malah rasa juga agak sama, mungkin dari segi kesegaran HE tidak pasti kerana sudah lama tidak merasainya.

Jika kalian ingin mencuba, untuk pertama kali apa kata cuba dahulu Maki Sushi. Dari situ kalian akan membiasakan diri dengan rumpai laut kering. Selain itu di dalam Maki sushi kalin boleh dan selalunya memakan inti timun ataupun jeruk.

Bagi meneruskan cabaaran, apa kata kalian ambik udang untuk tidak merasai “kesegaran” makanan laut. Jika kalian boleh teruskan dengan udang, boleh juga cuba untuk memakan Salmon ataupun Tuna. Tapi, HE rasa perbezaan sushi di Malaysia dan di jepun adalah kesegaran ikannya. Jika ikan segar, maka rasa hanyir itu tidak rasa.

Walau bagaimanapun, kegemaran HE tetap sushi belut (unagi). Ini kerana selain dimasak atau dipanggang ia bersalut sos istimewa.

Sushi yang masih HE gagal untuk mencubanya ialah, Sardin kerana ia agak berbau. Apa kata hari ini kalian makan sushi untuk Makan tengahari kalian.

Advertisements

3 thoughts on “>Ondo sushi

  1. >kat sini pun ada genki sushi…sushi ondo tu kira cawangannya…kami pun dah lama tak makan sushi..cuma sushi ni tak berapa sedap masa summer ni..kurang sikit kesegarannya…kalau winter mmg bestla

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s