>Lintasan Kuda Belang

>

zibra crossing, originally uploaded by hairieusoff.

Memandangkan HE tiada kereta, jadi kebanyakan waktu bergerak, sama ada bas atau berjalan kaki. Dulu di Chiba agak mudah kerana pengangkutan rel adalah pengangkutan utama.

Bila kerap berada di jalanraya sudah pasti akan melintasi jalan dan menemui simpang. Ada sesuatu yang menarik di simpang. Apa ya?

Gambar yang HE tunjuk di atas adalah gambar lintasan pejalan kaki untuk orang dan juga untuk basikal. Ini kerap ada di simpang-simpang yang selalunya jalan-jalan besar dan selalunya menyediakan laluan untuk basikal dan pelajan kaki di kiri-kanan jalan. Rasanya di Malaysia pun perlu mesra pejalan kaki dan juga basikal jika cadangan menggunakan basikal ingin diperkenalkan untuk ke tempat kerja. Usah mencadang sahaja.

Walau bagaimanapun, HE bukan hendak cerita tentang lintasan tetapi HE hendak cerita tentang Lampu Isyarat atau traffic light. Nak kata pelik bukan pelik tetapi unik. Jika di simpang empat, katakanlah kalian ingin membelok ke kiri, lampu isyarat akan tetap warna merah apabila jalan di sebelah kiri di lintasan pejalan kaki itu berwarna hijau (pejalan kaki boleh melintas jalan). Dan pejalan kaki tidak akan dibenarkan berjalan kaki jika lampu isyarat kalian sudah hijau untuk membelok ke sebelah kiri.

Di Jepun pula, tidak begitu, dalam masa kalian hendak membelok kiri atau dalam erti kata lain, lampu isyarat membelok ke kiri adalah hijau (jalan), dan dalam masa yang sama untuk lintasan pejalan kaki pun hijau, jadi kalian perlu berhati-hati semasa membelok kerana mungkin terdapat orang yang melintas juga.

Kadang kala, di jalan besar pun, lampu hijau untuk jalan terus dan belok, sama-sama hijau, jadi untuk membelok kena tunggu la kereta dari arah bertentangan habis dahulu untuk melintas. Rasa seperti di jalan kampung-kampung kita di malaysia sahaja, seolah-olah tak ada makna aje traffic light kan. Tapi yang jelas di Jepun ini, yang besar akan dianggap bersalah. Maka jika kita berbasikal melanggar pejalan kaki, alamatnya yang berbasikal akan terima akibat.

Cuba bayangkan perkara yang sama di jalan raya kita, yang kecil lebih takut kepada yang besar sebab yang besar semuanya seperti samseng. Ahaks. Jangan marah mereka yang berkenderaan besar. Ada sebahagian sahaja yang seperti itu.

Advertisements

2 thoughts on “>Lintasan Kuda Belang

  1. >menarik. kalau di Malaysia, zebra crossing tak bermakna akan ada kereta / motosikal berhenti beri laluan. Kalau nak melintas juga tanpa padang kiri kanan / jalan kosong, memang mungkin akan kena langgar. Zebra crossing dgn lampu isyarat di depan Angkasa Raya tu, mcm tiada makna sebab mcm tak dipedulikan oleh pemandu. Yang kesian, kita yg berjalan kaki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s