>Pokok Pokok Musim Panas?

>

semalu, originally uploaded by hairieusoff.

HE ke pusat membeli belah berdekatan rumah, di situ ada seksyen dekorasi laman dan tumbuh-tumbuhan. jika kalian ke Jusco di Bandar Utama, ada seksyen begitu. HE percaya kebanyakan Jusco ada seksyen begitu.

pokok perangkap, originally uploaded by hairieusoff.

Di sini sudah pasti ada juga seksyen begitu. Ada satu kedai bernama “DoIt” merupakan kedai DIY (Do It Yourself) yang mempunyai seksyen menjual pokok-pokok. Suka juga HE melihatnya dan mengunjunginya.

pokok anggur, originally uploaded by hairieusoff.

Menariknya, pokok semalu (mimosa Pudica) yang kita biar di tepi jalan atau terbiar di atas padang sekolah kita dahulu, dijual di sini. Kagum HE melihat pokok ini kerana ia menarik perhatian orang-orang Jepun. Mereka kelihatan jakun dengan pokok ini. Kata mereka subarashi, sugoi dan macam-macam.

pokok peach, originally uploaded by hairieusoff.

Tidak kurang juga pokok yang boleh memerangkap binatang seperti gambar di atas ini. HE lihat juga ada pokok periuk kera di jual di sini. Tujuan mereka menjual pokok-pokok sebegini kerana pada musim panas, kebanyakan serangga sudah banyak, jadi bagi memerangkap serangga secara natural, mereka akan membela pokok ini.

pokok blueberi, originally uploaded by hairieusoff.

Tapi HE lebih suka untuk tanam pokok buah-buahan seperti anggur, blue beri ataupun prun jika boleh. Kalau dah berbuah, boleh petik dan terus makan. Tidak perlu tempat yang besar, pokok ini sedia ditanam di dalam pasu. Mahu juga bawa pokok tersebut ke Malaysia tetapi pasti proses kuarantin tumbuhan ini melalui prosedur yang pelbagai dan melecehkan.

Kalian suka pokok apa?

Advertisements

11 thoughts on “>Pokok Pokok Musim Panas?

  1. >saya nak blueberry n momo itu…kalau budou sini tak serangup macam California seedless grapes yang jual kat Msia tu kan….

  2. >ume suka pokok2 herba dan sayur-sayuran!! kat rumah HE kat sana tu…ada tanam pokok apa? tokoro de, gambar Adia yg kat entry lepas, ikat rambut gitu serta bercermin mata , berfesyen gitu…nampak macam model iklan pakaian kanak2. ekekke..pandai bergaya eh?!

  3. >kalu orang jepun datang mesia, then nampak pokok semalu tu, lagi la diorg duk cakap sugoi & subarashii x ingat punya… hehe.. pokok peach tu mcm best… 😉

  4. >orang asing memang jakun dengan mimosa pudica.. kita pulak jakun dengan pokok anggur. kalau tanam pokok anggur kat belakang rumah di Malaysia, boleh panggil Berita Harian buat liputan.. hahaha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s