Ajisai – Bunga Tiga Bulan

>Ajisai 1

Macam dah terlambat pula nak letak gambar ini sedangkan orang semua sudah bercerita tentangnya banyak kali. Musim sekarang sedang memasuki suasana panas hujan dan seraya dengannya bunga Ajisai ini mengembang dengan sungguh cantik. Hendak diikutkan berhampiran dengan universiti ada laluan bunga-bunga ini tapi agaknya kehidupan HE terlalu sibuk, tidak sempat menangkap gambar bunga ini.

Ajisai 2

Semalam, cuaca agak baik, HE dan anak berjalan sekitar rumah sahaja. Sempat mengambil gambar bunga-bunga ini dan anak suka dengannya. Khasnya yang berwarna merah jambu.

Ajisai 3

Rasanya kalau ditanam di negara kita pun boleh tumbuh agaknya. Melihatkan ia tumbuh pada ketika cuaca jepun ini kerap hujan dan panas bersilih ganti lagak seperti cuaca di Malaysia, mungkin tumbuhan ini mampu tumbuh dengn senang di Malaysia.

Ajisai 4

Ajisai atau Hydrangea sebenarnya kurang di kenali di negara kita tetapi setahu HE nama di tempat kita mungkin Bunga 3 Bulan. Mungkin kerana ia kembang 3 bulan sahaja. Jika sudah ada nama tempatan kita, bunga ini mungkin sudah lama ada di Malaysia dan bertebar di sekeliling kita, cuma kita tidak pernah mahu mengambil thau tentangnya.

Ajisai 5

4 thoughts on “Ajisai – Bunga Tiga Bulan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s