>Sahabat

>Selamat hari Lahir saudara Shah atau nama internetnya Shy. Sudah 32 tahun anda kan? Semoga berbahagia di mana jua anda berada. Mungkin orang berkata, apahal, blog cerita pasal hari jadi atau kawan kau atau keluarga kau. Mereka kata “Peduli apa aku kawan kau ke keluarga kau ke. Tak ada benda lain nak tulis ke”.

HE: Apa yang kita lalui adalah pengajaran paling bermakna. Keluarga, sahabat adalah entiti yang memberikan kita pengalaman dan darinya kita memperbaiki diri. Kita belajar dari anak-anak kita, kita belajar dari isteri kita, kita belajar dari ibu bapa kita dan juga kita boleh mempelajari sesuatu dari rakan kita.

Sahabat HE, Shah ini banyak mengajar HE juga. HE kenal semasa masih bujangan. Dia ajar HE menjadi fussy. Kadang kala bila kita dapat perkhidmatan, selalunya kalau perkhidmatan itu tidak baik, kita akan terima aje kan. Tetapi mamat yang seorang ini memang akan bising kalau service yang diperolehi sebagai contoh makanan, dan ia tidak menepati permintaannya.  Perkhidmatan bank juga selalunya begitu, terutamanya di kaunter. Memandangkan Shah juga bekerja dengan pelanggan (Call Centre), maka dia tahu bagaimana selok belok melayan pelanggan. Dia selalu condamn perkhidmatan kaunter kerajaan dan HE selalu kata, mereka itu tiada training.

Sahabat HE ini, dulunya orang popular. tidaklah sepopular Siti Nurhaliza. Dia pernah menjadi skuad Perodua ERA. Masa itu Kieran pun dengan Skuad Perodua ERA. Dia keluar dari ERA kerana ada politiking yang mungkin ada yang melihat dia punya potensi yang terlalu cepat untuk naik menjadi Penyampai Radio. Jika tidak Pagi di ERA tu dah lama dia rembat agaknya.

OKla. Entri ini, adalah entri ucap selamat sebenarnya. Selamat hari Jadi, semoga berjaya dalam kerja dan perniagaan. Dengar cerita Business kencang, boleh la dinner kat Menara KL bila kami balik nanti. Aha.

Advertisements

6 thoughts on “>Sahabat

  1. >Terima kasih HE.. shy terharu sgt entry HE ttg erti persahabatan kita!.. Mengimbau pulak tue ttg riwayat kisah Shy.. hehehe… Cerewetnye shy ttg perkhidmatan yg tidak bermutu…!..Sebenarnye shy yg meminta HE utk menulis entry ini..kekekee.. Giler glamer sudah semestinya!..apa lg yg boleh kita kenang ttg diri kita selain hari lahirnya kita dan hari perginya kita!.. Buat HE sekeluarga…Terima kasih kerana sentiasa mengingati Shy.. Sungguh bermakna entry ini buat shy..Again!.. Thank You.. So much!P/s: Shy dah siap Print okay!…nak tampal kat dlm diari!

  2. >salam dari selatan malaysia… tumpang lalu. selalu gak bace blog HE nie.. tapi tak pernah komen.. terima kasih pada saudara HE kerana menulis blog nie, dapat gak pengetahuan tentang negara Jepun w/pn tak tahu bila nak sampai sana..huhu. Tahniah. sempena hari jadi Shah (shY), "selamat hari lahir" (masih ingat kat tasnim? kwn kepada kawejauh..hehe)- kawan memang ramai tapi (sahabat) menangis belum tentu jumpe…

  3. >Kawan yang membantu di saat susah jua dilupa jangan.. bak kata pantun melayu "Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar? hutang budi di bawa mati! Hutang ceti dibawa kemana? (hahaha..itu saja ditambah..eheheh" Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran yang ke-32. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s