>Teruskan projek pengangkutan

>HE banyak bercerita tentang hal pengangkutan sejak dahulu. Meilhatkan penangguhan projek pengangkutan, sangat menyiksakan batin HE. Jumaat lepas, HE mendapat tahu projek keretapi laju ke kampung HE, Ipoh ditangguhkan pelaksanaannya daripada Bapa HE di Ipoh. HE lagi berasa sakit hati kerana menjangkakan mereka atau HE akan lebih senang berulang-alik ke Ipoh dengan keretapi berbanding kereta. Merasa bosan dengan tindakan kerajaan menangguhkan projek yang sedang berjalan khasnya pengangkutan awam terutamanya pengangkutan rel membuatkan HE menulis di Ruangan Forum di Utusan.

Komen HE di Ruangan Forum Utusan – Klik Sini atau lihat sahaja seperti di bawah:

Teruskan projek pengangkutan

BERIKUTAN kenaikan harga barang dan bahan api khasnya petrol dan diesel, saya percaya seluruh rakyat Malaysia sangat memahami keadaan tanggungan kewangan kerajaan terhadap subsidi harga bahan api tersebut. Dalam masa yang sama, saya juga percaya ramai penduduk Malaysia mengetahui harga seliter patrol atau diesel di Malaysia adalah antara yang termurah. Bagaimanapun berdasarkan perkapita penduduk dan juga pendapatan mereka, saya kira rakyat Malaysia juga tahu mereka adalah yang terendah, jadi ia amat tidak memadai dengan perbandingan harga bahan api tersebut dengan negara lain.

Saya percaya kerajaan bijak mengatur strategi pembangunan dengan beberapa langkah penjimatan yang diuar-uarkan menerusi empat langkah yang diumumkan Perdana Menteri pada 9 Jun lalu. Melalui empat langkah itu kerajaan akan membuat pengurangan perbelanjaan kerajaan, mempercepatkan bayaran tunai kepada pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan, kuota kemudahan kad fleet yang lebih tinggi untuk pengusaha pengangkutan dan menambah baik jaringan jaminan sosial.

Saya ingin mengulas tentang langkah yang keempat iaitu usaha untuk menambah baik jaringan jaminan sosial terutamanya perkhidmatan pengangkutan awam dan juga saranan Perdana Menteri agar kita sama-sama memikirkan kesejahteraan rakyat untuk Bajet 2009 khasnya dalam peningkatan mutu pengangkutan awam.

Saya berharap kerajaan menyegerakan projek baru perkhidmatan kereta api dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang masih mahu ditangguhkan pelaksanaannya. Saya melihat usaha menangguhkannya hanya memburukkan kewangan kerajaan dan juga kos perjalanan serta hidup rakyat. Saya melihat jaringan kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Ipoh boleh mengalih penduduk yang bekerja di Kuala Lumpur untuk tinggal di Ipoh yang saya kira kos hidup masih boleh dikategorikan sebagai munasabah. Saya melihat perkara yang sama di Jepun apabila seorang penyarah saya berulang-alik dari Chiba ke Kanagawa dengan perjalanan 2 jam menggunakan kereta api. Katanya, harga minyak yang mahal di Jepun membuatkan rakyat Jepun lebih selesa menggunakan kereta api. Saya juga bersetuju dengan kata-kata Pengurus Besar Bahagian Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah yang menyatakan bahawa penggunaan sistem LRT atau rel untuk ke pusat bandar boleh dianggap pilihan yang lebih murah dan berkesan berikutan kenaikan harga minyak.

Meningkatkan Kerajaan juga perlu meningkatkan jaringan rel dicadangkan seperti penyambungan jaringan LRT ke Puchong dan Cheras sebagimana diuar-uarkan semasa penjimatan 4.4 bilion subsidi minyak pada tahun 2006. Ia bukan sahaja berbaloi untuk kemudahan rakyat malah ia juga akan meningkatkan pembangunan setempat khasnya sekitar kawasan stesen kereta api. Sebagaimana di Jepun, kawasan sekitar stesen kereta api atau eki dijadikan kawasan pembangunan setempat.

Saya juga suka untuk meminta kerajaan meneruskan projek monorel di Putrajaya agar ia memberikan kemudahan kepada kakitangan awam untuk bergerak antara satu Kementerian ke satu Kementerian sekitar Putrajaya berbanding menggunakan kereta. Ia bukan sahaja melibatkan kos petrol malah ia juga menyusahkan kerana tidak banyak Kompleks Pejabat Kerajaan di Putrajaya menyediakan tempat meletak kenderaan seperti di Parcel D dan Parcel E malah ia juga merosakkan alam sekitar Putrajaya dengan gas monoksida.

Dalam usaha kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan awam, saya tidak nampak hanya penambahan bas semata-mata tetapi sudah masanya kita memberi penekanan terhadap perkhidmatan rel di negara kita. Transformasi ini bukan sahaja memberikan kebaikan terhadap penjimatan kewangan rakyat sebaliknya akan meningkaatkan peluang pekerjaan dan juga membudayakan masyarakat terus menggunakan perkhidmatan awam daripada kereta untuk ke pejabat yang selama ini kita melihat sebagai punca kesesakan di jalan raya sekitar ibu kota mahupun pada hari perayaan.

HE, Kanagawa, Jepun

Advertisements

10 thoughts on “>Teruskan projek pengangkutan

  1. >yeah…saye sokong utk public transport jgak..tp disebabkan kebanjiran warga asing yg slalu memenuhi public transport,kdg2 ia mbuatkan org fikir 2~3 kali…

  2. >he….sugoi…ouen suruyo…so kat mana la pergi duit subsidi tu kalau bukan untuk pengangkutan juga…takkan nak guna untuk wilayah ekonomi …???

  3. >wahhh…pendapat dari rakyat Malaysia dari luar malaysia….memang benar, apa yang saya lihat kerajaan hanya bersuara lantang apabila menyeru rakyat untuk itu ini. Namun, kerajaan agak 'lembab' dalam menyediakan apa yang seharusnya mereka sediakan.Saya masih merajuk pada KTM komuter yang semakin 'sakit'.

  4. >kalau sistem rel awam cekap – byk tren, tepat pada waktu, selang waktu yang pendek antara tren – rasanya mungkin lebih ramai akan beralih menggunakan pengangkutan awam, dan bukan hanya dipenuhi oleh mereka yang tidak punya pilihan lain…satu lagi yang perlu diikhtiarkan – menyediakan laluan basikal dan pejalan kaki yang sempurna… kalau laluan basikal sempurna di putrajaya, ramai yang di putrajaya boleh berbasikal ke pejabat – tapi melihatkan sistem lalulintas dan jalan yang sedia ada, itu bukan pilihan yang selamat buat masa ini…

  5. >takdelah pulak org yang nak buat polis report sebab BN tak kotakan janji, ye? Kerajaan Selangor yg hanya 100 hari ni pun, berapa polis report dah dpt sebab kononnya tak kotakan janji. BN janjikan pengangkutan awan yg lebih baik dah berapa tahun? Eh! emosi pulak. hehehe

  6. >1.Mengeluh tiap2 kali tunggu komuter…2.Mengeluh tiap2 kali kna berhimpit2 dlm public transport ..3.Mengeluh ketapi laju ipoh-kl tak siap2..senang sket nk balik ipoh kalo ada..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s