>2 X Sebulan

>Kabinet yang yang bijak-bijak itu sebagaimana dimaklumi diPengerusikan PM telah memutuskan gaji HE dan juga rakan lelain yang kebanyakan orang menyebut sebagai gemen seben itu, akan mendapat gaji dua kali sebulan. Bukan dua kali lima kepandaian yang memutuskannya itu.

HE pasti yang kuat laungan sumpahannya adalah kerani kewangan seluruh maya pada dalam Gomen. Dalam masa sekarang pun mereka terkial-kial, inikan pula nak buat dua kali sebulan.

Itu cerita Kerani kewangan (mereka kan berkhidmat untuk negara). Ini kisah HE. Kalau gaji HE RM2000, Bayaran anuran rumah RM1000, agaknya untuk awal bulan itu memang HE tidak dapat hapa la agaknyakan. Hanya melihat slip gaji aje. Adakah ada dua slip gaji untuk satu bulan? kalau dua slip gaji memang mereka tidak menjimatkan kewangan kerajaan. Kalau satu slip gaji mereka masih membuang kos masa dan tenaga kerani kewangan kerana mereka itu boleh dioptimumkan dengan tugas lain. Katakan mereka perlu kerja lebih masa, sudah tentu la pulak tuntutan kerja lebih masa itu, tidak menjimatkan kewangan kerajaan.

Hairan HE, ada pula pihak lebih pandai mengatur kehidupan kita. Awak jaga negara cukup la. Kita tau la awak ada banyak duit. Awak sure tak kisah dapat bayaran dua kali sebulan sebab separuh gaji awak (mereka yang bermesyuarat dan memutuskannya) entah berapa kali ganda dengan gaji sebulan kami. Ini bertujuan nak membantu pengurusan kewangan kakitangan awam ke….atau diri sendiri (mereka yang bermesyuarat dan memutuskan).

Tepuk dahi.

4 thoughts on “>2 X Sebulan

  1. >memang tepuk dahi. banyak idea yg rasanya "half-baked" yg keluar dari pihak Pak Menteri. Agaknya itulah sebab ramai yg berpusu-pusu menuntut rebet minyak di Pejabat Pos, manalah tahu esok lusa ada idea "bernas" lain pulak…

  2. >gaji saya pun ala2 kerani jugak. mmg menyumpah sungguh la dia nak bagi gaji 2x.kalau 2x tu dapat lebih ke apa tak kisahlah, ni amount yang sama. selama ni mmg kita dah berjimat cermat cukup sampai dapat gaji lagi satu, dgn potongan gaji dekat2 50% sebab nak beli apa pun tak mampu klu pakai cash.lepas ni pening nak pikir nak bayar ansurans semua cemana… nak makan nak gali kat mana lak, nak isi minyak cemana.. *pingsannnps: k norli masuk carrefour alamanda, barang kecik2 hatta sos cili pun naik dekat 50 sen.. macamlah cili tu hantar sebotol2 naik lori..

  3. >idea yang super bernas dari orang yang mmg tak nampak atau tahu orang yang gajinya cukup2 makan…kalau gaji pak2 menteri mmg la byk…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s