>Minyak Akan Terus Naik – Apa Tindakan kita? Ver. 2

>Malas rasanya nak bercerita tentang harga petrol tetapi memandangkan masih relevan, HE nak bercerita juga tentangnya walaupun tidak banyak. Di Jepun pada ketika ini, harga petrol atau gasorin (terjemahan gasoline) adalah sekitar 172 yen atau jika kita tukarkan kepada Ringgit Malaysia bolehlah menjadi sekitar RM5.32. Mahalkan? Tapi semahal-mahal kehidupan mereka, ada altenatif yang sangat komprehensif. Apakah dia? Jaringan Keretapi. HE sudah banyak kali menulis tentang Pengangkutan (Entri HE tentang Pengangkutan – Pemenang Kategori Entri merangsang Intelek Geju 2007). HE memang rasai perbezaan jaringan perkhidmatan keretapi di Malaysia dengan di Korea dan Jepun. Ketiga-tiga negara ini HE pernah merasai jaringan keretapinya dan bagaimana ia mesra waktu dan lokasi. Di Malaysia memang sangat-sangat memerlukan rangkaian keretapi yang lengkap untuk mengimbangi harga sebuah perjalanan dengan kenderaan bermotor yang kian meningkat mahal.

Kerajaan kita telah melepaskan subsidinya kepada rakyat Malaysia dan meminta rakyat berkongsi membayarnya. Sebenanrnya, dalam erti kata lain, Kerajaan berkongsi membayar apa yang kita guna sebelum ini dan menyerahkannya sedikit demi sedikit kepada kita. Mungkin kita merasakan tugas dan tanggungjawab pihak kerajaan menanggung perbelanjaan kita kerana kita memilih mereka untuk memerintah (walaupun ada sebahagian kita tidak memilih mereka). Walau bagaimanapun, pada HE, sesebuah kerajaan perlu memberikan subsidi secara lebih bijak. Rakyat khasnya perlu digalakkan untuk melakukan sesuatu bukan dibebani dengan sesuatu perkara.


Ada mahu kereta ini? Kalau di Jepun anda akan dapat subsidi membelinya.

HE bukan mahu mengagungkan Jepun tetapi mari kita lihat apa tindakan kerajaan mereka dalam mereka cuba menyempurnakan kehidupan orang-orang jepun dan dalam masa yang sama, polisi mereka juga berjalan. Kita tahu Jepun merupakan sebuah negara penuh dengan inovasi. Sebuah kereta berkuasa elektrik akan mula diperkenalkan di dalam pasaran pada tahun 2009. Kereta ala Kancil dan kelisa itu dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi dengan nama i-Miev telah pun dicipta. Kita tahu bahawa Jepun sangat patuh dengan Protokol Kyoto iaitu pematuhan dan syarat terhadap alam sekitar untuk dunia yang lebih baik pada masa hadapan. Maka penyediaan kereta elektrik atau denkijidosha ini sekurang-kurangnya menunjukkan usaha Jepun memastikan pemuliharan alam dilakukan secara berterusan. Menariknya MIEV ini bukan sahaja tidak mengeluarkan CO2 tetapi merupakan penjimatan terhadap kos bahan api. Kebanyakan orang Jepun khasnya di kawasan bandar seperti Tokyo merasakan kereta tidak perlu digunakan kerana keretapi sudah memadai untuk meliputi kawasan kehidupan mereka setiap hari. Kereta mungkin untuk mereka gunakan pada hari minggu. Selain daripada itu bas mereka juga sangat menepati waktu sebagaimana waktu tertera di perhentian bas. Berbalik kepada MIEV, kereta ini boleh dicaj sebagaimana kita mengecaj telefon bimbit dan sekali caj, perjalanan dalam jarak 160km mampu dilakukan. Paling menarik, kereta ini boleh menjimatkan kita dengan kos 1km dengan 1 yen atau dalam 3 ringgit berbanding dengan menggunakan petrol bagi kereta hybrid (menurut sumber MIEV).

Pun begitu, harga kereta seperti MIEV ini sangat mahal. MIEV akan menemui pelanggan pada 2009 dengan harga 4,000,000 Yen atau dalam RM123,719.20. Secara relatifnya, kereta ini murah di Jepun berbanding jika ia diimport ke Malaysia. Tetapi harga ini masih dianggap mahal di Jepun, maka untuk menggalakkan penduduk Jepun menggunakan kereta jenis ini, kerajaan membuat subsidi membeli kereta ini sebanyak 1,000,000 yen iaitu kira kira RM30,929.00. Kita lihat bagaimana pendekatan Jepun dalam menangani masalah mereka. Sungguh berbeza dengan di negara kita. Apa kata Proton bekerjasama semula dengan Mitsubishi memandangkan sejarah Proton dengan Mitsubishi memang sudah lama. Mungkin kerjasama ini membolehkan Proton mengeluarkan sesuatu seperti MIEV dan dapat memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia. Harga Minyak akan terus naik, dan bekalannya semakin pupus. Jika kita tidak mula dari sekarang sampai bilapun kita tidak akan mengetahui kita mampu melakukannya.

Satu lagi contoh bagaimana kerajaan Jepun menguruskan polisi terhadap masyarakatnya ialah bagaimana mereka menggalakkan kitar semula di kalangan rakyatnya. Di Jepun ada tong sampah yang boleh memproses sisa makan menjadi baja. Memandang di jepun sebahagian daripada pihak berkuasa tempatan mengambil sampah yang diklasifikasi mengikut hari-hari tertentu seperti Botol pada hari isnin, sampah sisa makanan apda Rabu dan Jumaat, Plastik pada hari Selasa dan sebagainaya, maka sampah seperti sisa makanan akan cepat berbau jika disimpan lama. Justeru, pembelian tong sampah yang berteknologi tinggi seperti HE nyatakan tadi sangat diperlukan. Jadi kerajaan Jepun memperuntukan subsidi pembelian mesin tong sampah ini dengan nilai 30,000 yen atau RM930 yen untuk sebuah tong yang berharga sekitar 50,000 hingga ke 60,000 yen. Selain daripada, rumah yang bersih dan tidak berbau kerana sisa-sisa makanan yang cepat busuk khasnya makanan kita yang menggunakan santan dan makanan laut, mesin ini dan bantuan kerajaan seperti ini memberikan kita kehidupan yang lebih sihat. Ibarat kata “pepatah”, Rakyat Bersih, Negara sihat atau secara vise versa.

Kembali kepada MIEV dan isu minyak, petrol dan diesel, kehidupan di Malaysia nampak seperti porak poranda dengan kenaikan harga minyak atau dengan lebih tepat, pengiraan semula pemberian subsidi kerajaan terhadap harga seliter patrol dan diesel. Kata sahabat HE, semasa dia berebut-rebut mengisi minya selepas pengumuman harga baru itu, dia berjumpa dengan pelbagarai ragam manusia. Ada antaranya menangis mengenangkan nasib yang bakal menimpa mereka selepas ini. Ini ditambah pula dengan cadangan-cadang menteri-menteri kita yang semakin ke belakang dan bukannya ke hadapan. Perlukan kita makan ubi kayu seperti Zaman Jepun sedangkan kita boleh memakan nasi. Bolehkan kita pakai lilin sedangkan kita ada sumber tenaga elektrik. Adakah kita kena pakai basikal sedangkan kita tidak mampu mempunyai jalan yang tidak mesra basikal. Adakah kerajaan akan bayar ganti rugi kepada keluarga HE jika HE mati dalam perjalanan ke pejabat menaiki basikal dari Bandar Seri Mahkota ke Putrajaya yang mempunyai highway itu sahaja? Kalau ada Menteri-menteri yang sanggup berbuat kempen Kepimpinan melalui teladan, HE mungkin akan turut terpanggil menaiki basikal ke pejabat. Sekali lagi HE nyatakan, jika jaringan keretapi kita sangat-sangat “komprehensif”, maka HE atau mungkin kebanyakan daripada rakyat malaysia yang lain, tidak kisah untuk berkerja dengan basikal kerana dengan basikal, kita boleh meletakkannya di stesyen keretapi berdekatan dan menaiki keretapi ke tempat kerja. (dengan syarat jadual kereta juga perlulah tepat waktu, jangan seperti KTM komuter). Kita pernah merungut dengan Putra dan Star LRT kerana dirasakan mahal tetapi kenderaan itu juga yang digunakan orang kerana mudah. Bagi HE yang tidak mahukan kesesakan jalan raya, lebih rela menggunakan LRT untuk ke mana-mana. Namun sayangnya, hendak ke Taman Tasik Titiwangsa perlu turun di LRT Star Titiwangsa atau Putra Kg Baru dan berjalan jauh untuk ke sana. Bagaimana pula HE hendak ke Taman Tasik Perdana atau ke Bangunan parlimen yang merupakan daya tarikan pelancong? HE perlu turun di KL Sentral dan berjalan di lebuhraya? Sepatutnya lebih banyak stesyen dibuat di tempat tarikan pelancong dan kawasan-kawasan tumpuan ramai.

Kepada kerajaan kita, berfikir untuk solusi masa hadapan dan bukan dengan berfikir ke belakang. itu cara bertindaknya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s