>Lelaki Yang Cantik

>Tajuk di atas mungkin ada yang tersenyum sinis. Terbaca artikel berkaitan sebahagian pelakon atau artis lelaki di Malaysia yang melakukan suntikan pada wajah untuk kelihatan lebih berpenampilan iaitu memilik wajah seperti yang mereka ingini. Paling mencetuskan polemik di dunia hiburan negara ialah pelawak kumpulan Cecupak, Pian mengakui yang dia melakukan suntikan Vitamin C dan Kolagen. Hari ini, seorang pengacara, Zoey dituduh mengenai perkara yang sama. Persoalannya?

Salahkah lelaki itu cantik? Apa definisi kalian mengenai cantik? Menurut kamus dewan edisi ketiga kata cantik itu bermaksud sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek). Justeru, salahkah lelaki itu kelihatan menarik. beberapa pandangan menyatakan penampilan menarik itu akan menhasilkan keyakinan pada diri malah, orang yang melihat juga akan merasa yakin dengan melihat penampilan kita. Cantik tidak semestinya wajah tetapi juga melibatkan pembawakan diri dan juga bagaimana kita mengenakan pakaian. Sejak akhir-akhir ini pengupasan erti kecatikan kerap mengaitkan kecantikan dalaman akan menerbitan kecantikan luaran.

Sebuah kajian mengenai kecantikan menerusi istilah Greek iaitu KalokagathĂ­a menyatakan perkataan ini adalah gabungan dua kata greek iaitu kaitan kecantikan dan kebaikan. Maka gabungan keduanya memperlihatkan bagaimana terjemahan erti kecantikan itu bukan semata-mata penampilan tetapi bagaimana manusia membawa dirinya pada keindahan baik pada dirinya dan juga persekitarannya.

Ada juga kajian dibuat berkaitan kecantikan secara dinamiknya akan berkadar terus dengan keyakinan diri. Dr Petzer seorang akademik, menyatakan bahawa keyakinan diri itu akan berlaku secara dinamis dan berkait rapat dengan penampilan yang baik atau dalam erti kata lain, sekiranya seseorang merasakan dirinya cantik maka diakan lebih berkeyakinan. Maksud kecantikan disini atas bagaimana keselesaan yang wujud pada diri seseorang itu akan memberikan keyakinan kepada tuan punya badan.

Bila HE membaca komen-komen sesetengah orang daripada kita yang suka mengata, mereka mengahmburkan pelbagai kata-kata yang ditak baik kepada Pian Cecupak atas pengakuannya menyuntik Vitamin C. Walaupun HE tidak suka perkara demikian, pada HE dia mungkin merasakan itu caranya untuk mendapatkan keyakinan dirinya. Banyak perkara baik mungkin berlaku jika seseorang dapat meyakinkan dirinya. Dia mungkin boleh meneruskan kehidupannya dengan lebih positif.

Di Korea, kebanyakan daripada kita menggemari pelakon lelaki Korea dan mereka sangat menjaga penampilan mereka. Ada di antara mereka yang membuat pembedahan plastik dan pembuangan lemak. Ada juga yang menghabiskan masa di salon rambut dan ada juga yang mencukur kening dan tidak kurang juga bertapa di gym. Tidak kurang juga di Jepun, ramai juga yang melakukan pembedahan untuk kelihatan cantik.

Jadi apa pandangan anda jika lelaki atau teman lelaki anda cantik? Apa takrifan anda tentang kecantikan seorang lelaki. ?

ps: HE nak six pack ..kalau ada tu…dah rasa cantik dah…hehe

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s