>Minyak Akan Terus Naik – Apa Tindakan kita?

>Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, mengumumkan harga petrol dan diesel akan naik sekitar Ogos iaitu setelah penstrukturan subsidi dibuat. Kita tahu harga minyak naik seluruh dunia. Tetapi apa endekatan kita? Adakah akan terus membiarkan ia naik selama-lamanya?

Di Jepun, harga bahan api bukannya malar seperti di Malaysia. Harganya berubah mengikut permintaan dan harga pasaran dunia. Apa tindakan mereka dan aa tindakan kita di Malaysia? Kita sudah lama dengan perkataan biopetrol, biogas dan biodisel. Sejak 4 tahun sebelum ini, kita kerap disogok dengan perkataan bioteknologi. Kita juga pernah mendengar saranan pihak pemerintah untuk menggalakkan kajian dan penyelidikan dalam bioteknologi khasnya untuk menggantikan petrol, disel dan bahan api yang kian meningkat harganya. Walau bagaimanapun sehingga kini, apakah hasil yang perolehi.

Sekitar tahun 2006 lagi usaha-usaha sudah menampakkan hasil. Kita dimaklumkan bahawa sebuah syarikat tempatan, Pioneer Bio Industries sudah berusaha merealisasikan bio petrol dan usaha ke arah itu dicadang dapat dilaksanakan sekitar tahun 2008. Walau bagaimanapun, sehingga sekarang, masih tidak menampakkan hasil.

Syarikat yang sama juga diuar-uarkan tahun lalu mahu menkomersilakan biopetrol melalui nira nipah di negeri Perak. Penghasilan Ethanol melalui nira ini dikatakan sebagai yang pertama seumpamanya di dunia. Hasil ini juga menyediakan komponen utama dalam bio petrol. Apa progressnya, masih dalam proses menunggu.

Di Jepun, satu kertas putih dalam penekanan merealisasikan kajian dan penyelidikan dipersetujui oleh kabinet erdana Menteri Fukuda, Jumaat lepas. Selain itu Fukuda menyarankan agar kajian dibuat menggunakan bahan selain bijirin bagi mengelak harga komoditi itu dapat dikawal daripada kenaikan. Kita lihat bila jepun dapat merealisasikan bio petrol ini dan menkomersilkannya di dalam masyarakat. Adakah setahun? Adakah dua tahun? Baru-baru ini HE menonton demostrasi kereta menggunakan hidrogen daripada air dan ia berjaya dilaksanakan. Pengkomersilannya? Entah?

Jika kita benar-benar mahu harga bahan bakar yang murah, orang kita perlu menyegerakan bio etrol ini, usah manis di bibir sahaja?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s