>Hari Baru Menjelma

>

Hari Baru Menjelma. Ia terjemahan ringkas daripada A New Day Has Come, album Celine Dion sebelum ini. Kali ini HE mahu bercerita tentang unsur-unsur dunia muzik sedikit. Sejak PC sudah kembali pulih, sambungan untuk mendapatkan muzik melalui torrent diteruskan kembali (masih tidak sedar lagi – masih ada lagi kaedah lanun rupanya). Sebuah koleksi Persembahan Celine Dion – A New Day Live In Las Vegas telah pun selesai dimuat turun dengan saiz 13GB. Kalau menggunakan streamyx, agaknya berapa hari akan selesai? Di sini pun sudah hampir 2 hari. Fail-fail itu terus HE jadikan DVD untuk dibuat koleksi dan sebagai tontonan di pemain DVD kerana ia lebih memberikan kepuasan.

Gambar Ihsan Celinedion.comSelain mengkagumi persembahan suara Celine dan lagu-lagunya yang lebih kepada unsur-unsur nasihat sejak-sejak akhir-akhir ini, apa yang menarik perhatian HE adalah bagaimana persembahan Celine di Ceasars Palace yang satu-satunya sejarah baru dalam dunia persembahan dan bagaimana produksi sebegitu mampu dilakukan. Kontrak produksi ini bernilai 300 juta Dolar dan untuknya ceasar palace membelanjakan dewan persembahan termodan berbentuk bangunan klasik Rom iaitu Colosseum. Di samping itu sebuah panel LED bersaiz mega dipasang di dalam dewan itu dan merupakan panel indoor terbesar dengan nilaian 10 juta Dolar melengkapi persembahan Celine hampir 5 tahun.

HE memang mengimpikan dewan persembahan sebegitu berada di negara kita, Mungkin orang menyatakan ia sebuah perkara yang membazir tetapi kita perlu bijak dalam pemasaran untuk memulangkan modal kita untuk sesebuah pelaburan.

Selain daripada itu, projek sebesar ini sudah tentunya melibatkan pelbagai krew, ahli muzik, penari dan pekerja teknikal. Sesuatu yang menarik di dalam DVD ini ialah dua cakera disediakan iaitu satu persembahan penuh dan sebuah lagi cakera ialah persembahan penuh dengan all access iaitu bagaimana keadaan di belakang pentas berlaku ketika Celine membuat persembahan. Satu konsep yang sangat penting dalam persembahan, setiap individu mempunyai peranan. Itu juga menjadi pegangan Celine sebagimana dinyatakan di dalam DVD ini. Begitu juga dengan hidup kita yang mana setiap daripada kita ada tugas masing-masing dan kita saling melengkapi.

Ada yang menarik tentang Celine di dalam DVD ini iaitu bagaimana seorang berstatus super star menjadikan dirinya seperti orang biasa dengan menjadi perangsang kepada kehidupan orang lain. Peminatnya dari pelbagai kedudukan derta keupayaan menjadikan beliau sebagai inspirasi. (rasanya kalau Kak pah menjadi Super Star taraf ini, bagaimana agaknya?) Maka tidak hairan seorang berstaus tinggi seperti Siti Nurhaliza menjadikan beliau juga menjadi idola untuk cuba menjadi serendah mungkin kepada peminatnya. Walaupun kita mempunyai idola sendiri atau sesiapa sahaja yang kita jadikan idola, tetapi yang penting, idola kita ialah orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan.

Di Jepun, konsert Taking Chances di Tokyo Dome pada 8 dan 9 Mac 2008 telah habis dijual. Di Malaysia juga ada konsert Celine pada 13 April lalu. HE hendak juga merasai kemeriahannya, tapi mujur duit tidak dihabiskan ke sana kerana pada ketika itu, Hari baru menjelma kala Universiti Keio dan rumah baru menjemput di daerah Fujisawa. Masa untuk belajar.- Mahu lupakan porak peranda politik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s