>Kekasih Anda Robot?

>Di Jepun memang dikenali sebuah negara yang giat dalam pembangunan robotik. Baik dari segi penciptaan untuk perusahaan mahupun untuk tujuan hiburan. Bermula pertengahan April lalu, HE menonton drama Jepun yang menarik berkaitan robot. Kisahnya seorang wanita yang sunyi ditawarkan menjadi kekasih sebuah robot oleh sebuah syarikat yang sedang mencipta keupayaan robot bernaluri seperti manusia.

Drama berjudul Zettai Kareshi atau Kekasih Sempurna itu memperlihatkan usaha-usaha manusia mencipta persamaan mesin dengan manusia. Ia juga mengingatkan HE tentang usaha HE juga membuat kajian pengaruh-pengaruh pelbagai media (multimedia) terhadap perasaan manusia.

Di serata dunia, memang baanyak usaha sedang dan telah dibuat berkaitan robotik ini. Penciptaan demi penciptaan Andronoid (Robot menyerupai manusia) dilakukan dan masing-masing berlumba untuk mencari robot yang paling seiras dengan perilaku manusia. Bagaimana agaknya bila manusia sudah boleh bercinta dengan robot? Cuba kita melangkau pemikiran yang lebih jauh daripada normal, apa agaknya yang berlaku jika manusia mengahwini robot. Memandangkan sebahagian dunia mengiktiraf perkahwinan yang pelik-pelik, mungkin perkahwinan dengan robot bakal menjadi kenyataan kelak? Mungkin.

Kepada kita yang mempunyai tuhan, kita tahu apa tujuan dan tanggungjawab perkahwinan. Ada tugas yang diberi atas perkahwinan itu. Tetapi bagi mereka yang berpegang pada keperluan diri dan hidup untuk pengisian dunia sahaja, mereka mungkin berpandangan robot sebagai altenatif teman kehidupan.

Sekadar berfantasi, kiranya HE sebagai pencipta robot dan kalian mahukan kekasih anda seorang robot, apa kata berkongsi sifat-sifat yang perlu ada pada kekasih robot kalian dengan HE.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s