>Aku Keluar Topik

>Pasca log masuk wordpress.com. HE masuk ke Dashboard. Sudah tentu terserempak pos-pos panas hari ini. Apa lagi kalau bukan cerita Tun Dr. Mahathir keluar UMNO. Blog berkaitan politik sudah tentulah menulis tentangnya. Blog-blog lain juga tidak kurang ceritanya. Maka berderetlah pos panas dengan nama Mahathir.

HE? HE tidak keluar ataupun masuk parti. HE nak keluar daripada topik itu sahaja. (bunyi ayat ini macam bagus aja. Suka hati kalian nak kata apa.)

HE hendak bercerita tentang kajian di Amerika tentang rakyat negara-negara di Asia yang boleh dipercayai kalangan rakyat Amerika. Sudah tentu rakyat Jepun mendahului carta. Diikuti China dan seterusnya Rusia. Oleh kerana motif dan metodologinya tidak HE ketahui, maka jika kalian hendak pegang kajian ini, peganglah. Sekadar memberitahu.

Dalam masa yang sama, satu kajian di kalangan negara ASEAN (Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam), melaporkan bahawa 30 peratus daripada 1800 respon memilih negara China sebagai rakan diplomatikyang penting. Diikuti Jepun (28 peratus) dan ketiga, Amerika dengan 23 peratus.

Apa relevennya entri ini. HE pun tiada jawapan. Tunggu HE buat kajian. Di Malaysia juga perlu banyak kajian khasnya kala musim porak peranda ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s