>Yahudi atau Zionis?

>Hari ini ada party untuk kalian; Oshin (bukan nama sebenar)

Oh ye ke. HE, Segera SMS ke rumah dan mereka makan dulu.

HE, Rakan-rakan makmal dan semua pensyarah yang masing-masing putih rambutnya kecuali pensyarah HE semuanya dalam bicara yang HE tertangkap dan kurang tangkap kerana campur tolak lagaknya seperti shinkansen.

Sudahnya mereka angkat gelas penuh dengan namachu (bir jepun) dan aku mengangkat jus oren.

Kampai (cheers). Kami sama sama berteriak.

Sambil itu mata memerhati makanan yang datang satu persatu. lega semunya ikan kecuali satu daging goreng (daging lembu katanya).


Mereka beria-ia makan

Penyepit bergelungsur di tangan tapi digagahi mencapai salmon terang-terang kejinggaannya membuka selera mereka semua. Saladnya salmon, kroket (gorengan bertepung) nya juga salmon serta sashimi (ikan-ikan mentah dimakan bersama kicap) juga ada salmon. HE pandang terkebil-kebil.

Seorang Profesor dari Israel juga di situ. Baru datang dari Universiti California San Diego yang bekerjasama dengan Profesor HE. Rupanya profesor itu memang kena bidangnya dengan kajian HE.


Kepala Maguro (Tuna) dikelah-kelah. kata mereka banyak DHA untuk kebaikan otak.

Persoalannya (dengan sebahagian persepsi umat kita): Haruskah kita berkolaborasi dengan Bangsa israel ini?

15 Mei 1948 dipahat dalam kalendar dunia bahawa tanah Palestin dirobek untuk diserahkan kepada Yahudi sebagai Israel melalui usaha Britain dan PBB. Melalui tarikh itu, tanah Palestine kian carik dan manusianya kian terhakis satu persatu. Itu jari kejam Israel Zionis.

Pada tarikh itu juga orang Islam di Palestin memperingatinya sebagai Hari Nakba atau Malapetaka kerana negara mereka dirampok Yahudi Zionis. Pada hari itu orang Palestin melepaskan belon hitam sebagai detk-detik hitam mereka lalui sehingga kini.

Masyarakat kita sentiasa berpegang pada Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi“.

Pegangan ini kita buat kerana kita tahu bahawa yahudi itu dilaknat Allah. Di dalam Al Quran kerap diulang berkaitannya. Tapi mereka juga diceritakan sebagai bangsa Yahudi ini ditindas sehinggalah mereka kerap membuat filem berkaitan sejarah penindasan mereka di bawah kekejaman Nazi di Jerman. Maka lahirlah filem dari Yahudi terkenal seperti Steven Spilberg dengan kisah The Shindler’s List yang diharamkan di negara kita, selain daripada itu ada pula filem Munich yang mempunyai tema yang sama. Beberapa filem lain berkaitan seperti The Pianist dan Uprising adalah contoh bagaimana bangsa Yahudi mempropagandakan kehidupan lalu mereka sebagai sumber simpati.

Walau bagaimanapun kembali kepada persoalan sebagaimana diutarakan di atas, adakah kita bersalah atau berdosa bersahabat dengan Yahudi? Adakah mereka semua tidak mungkin dijadikan sahabat atas alasan pada suatu hari nanti kita akan berperang dengan bangsa mereka dan bangsa mereka bangsa yang dilaknati Allah?

HE suka untuk bercerita di sini tentang kefahaman kita tentang Zionis dan Yahudi. Apakah entiti yang menjadi persamaan diantara mereka dan juga perbezaan keduanya. Sejarah membuktikan bangsa Yahudi ini bangsa yang bertebaran dan tiada negara. Bangsa ini berkeliaran sehingga 40 tahun sehingga diberikan tanah Palestin. Sewaktu mereka bertebaran dengan kekejaman ideologi Nazi maka ia mencambahkan usaha sepertinya di kalangan yahudi. Ideologi Zionis yang tertumpu kepada rasisme dan pendudukan itu semakin menular tatkala mendapat sokongan kuat Britain dan Amerika. Walaupun begitu, tidak semua orang yahudi bersetuju dengan ideologi itu. Ini kerana manusia itu Allah jadikan berbagai ragam dan pengalaman untuk mereka melihat kebenaran. Rabbi Avraham Weiss, merupakan ortodoks Rabbi yang tidak menyokong gagasan Zionis ini.

Jadi persoalannya sekali lagi, salahkah bersahabat dengan semua bangsa selagi mereka masih memperjuangkan keadilan dan keamanan? Kita adalah berada di pihak yang benar dengan menidakkan Yahudi yang menyokong Zionis tetapi tidak semua daripada bangsa Yahudi ini menyokong Zionis.

Baiklah. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Allah telah berfirman

“Ramai di kalangan ahli kitab mengharapkan kamu murtad menjadi kafir setelah kamu beriman kerana perasaan hasad dengki di dalam diri mereka setelah nyata kepada mereka kebenaran.”

(Surah al-Baqarah ayat: 109).

Ayat di atas menunjukkan sejak 1400 tahun yang lalu bahawa orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian tidak akan sekali-kali redha terhadap umat Islam kecuali umat Islam mengikut agama mereka. Ia mengingatkan HE tentang kehadiran penyebar agakama kristian di depan rumah HE untuk memberikan risalah. Dengan mulut manis mereka katakan tentang kristian tetapi ada kalanya kita rasa mahu marah apabila dia mungkin merasakan agama lain kibishi (tegas dalam beberapa perkara terutama Islam). Mereka mungkin tidak tahu HE beragama Islam. Akhirnya mereka malu apabila mengetahui HE adalah beragama Islam. Tapi HE rasa kita perlu bersikap menunjukkan sifat yang baik untuk mereka tertarik kepada kita dan kemudianya agama kita. Melihatkan kepada usaha agama lain mengembangkan agama mereka, membuatkan HE terfikir bagaimana kita menyebarkan Islam dengan bersifat pasif iaitu menjauhkan diri dari orang yang lain agamanya khasnya yahudi.

Tujuan HE menulis ini bukan menyatakan yang HE pro bangsa Yahudi atau agamanya tetapi apabila membaca rencana tentang pendudukan Yahudi di Palestin bersempena 15 Mei 1948 dan apabila HE mempunyai Profesor yahudi ini, ia membuatkan HE terfikir berkenannya. HE mungkin tidak pandai berkaitan ini, mungkin kalian boleh memberikan komen dan berhujah tentangnya di dalam ruangan komen untuk kita sama-sama manfaatkannya.

ps. Risau elemen rasis berleluasa di negara kita.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s