>Siang atau Malam

>”Saya mengamalkan pekerjaan di waktu siang sahaja. Saya tahu kebanyakan mereka berada di dalam indutri IT terutamanya mereka yang terlibat dengan programing suka bekerja pada waktu malam. Saya menggalakkan kalian menuruti cara bekerja seperti saya ini dan tiada paksaan. Ia juga bagus untuk kesihatan kalian” – Arisawa, Profesor yang mengajar penulisan Arithmetik dan Matematik di Keio University.

Itu adalah petikan kata-kata Profesor yang HE ikuti kelasnya hari ini. Tidak HE sangka di dalam kuliahnya yang berkaitan dengan penulisan proposal dan kajian serta penulisan matematik, dia juga bercerita tentang pemikiran kritis dan cara hidup.

Menariknya, apa yang katakanoleh Profesor berkaitan hidup kita ini dan norma-norma pematuhan terhadap aktiviti siang dan malam telah pun terungkap dalam Islam. Kejadian siang dan malam seperti Firman Allah di dalam Quran melalui Al Furqaan, 62 bermaksud:

Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).

Dan sebelum itu Firman Allah yang maksudnya menyuruh kita mengerjakan pekerjaan kita di siang hari dan berehat pada malamnya:

Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki. (All Furqaan, 47)

Beberapa kali Allah mengulangi siang dan malam dijadikan agar kita mengikut aturannya iaitu malam untuk kita beristirehat dan siangnya kita jadikan waktu bekerja atau beraktiviti.

Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. (Al Qasas, 73)

Begitu jelas dalam Islam menyarankan kita mensyukuri nikmat siang dan malam. Malah kita disarankan agar menggunakan waktu siang sebagai waktu mencari rezeki. Di dalam konteks HE, pada sianglah waktunya HE belajar dan menyiapkan tugas-tugas. Manakala malam adalah waktu kita melegakan fikiran setelah menggunakannya sepanjang siang.

Menurut beberapa kajian di luar negara, kerja yang banyak dilakukan pada waktu malam memudahkan seseorang mengidap kanser. Kebanyakan saintis berpendapat bekerja lebih masa pada waktu malam akan menyebabkan ganguan kepada circadian rhythm iaitu elemen yang melibatkan biokimia, jam badan dan psikologi benda-benda hidup seperti manusia tumbuhan dan haiwan. Circadian Rhythm akan distabilkan oleh Hormon melatonin. Selain itu, hormon itu juga menghalang perkembangan tumur atau kanser. Hormon ini hanya terbit atau terbentuk pada waktu malam dalam keadaan rehat.

Selain itu, kajian juga mendapati lelaki yang bekerja lewat malam akan mempunyai kadar yang tinggi untuk menghidapi kanser prostat.

Beberapa pandangan mendapati bahawa kehidupan harus dimulakan seawal pagi. Pandangan ini dipetik agar mengerjakan tugas hari itu dari pagi hingga ke tengahari. Manakala selepas tengahari adalah waktu kita bekerja untuk persediaan esok hari. Dan sudah pastinya waktu malam adalah masa untuk berehat sama ada untuk diri dan juga keluarga.

Jika kalian rasa terlalu menghabiskan masa pada malam hari daripada siang hari, apa kata berubah untuk kebaikan diri kalian kerana ia bukan sahaja mematuhi kehendak agama tetapi ia baik untuk kesihatan anda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s