>Melayan cuti nan panjang

>Orang Jepun pada saat ini menjadikan cuti panjang yang dipangil Golden Week sebagai waktu melancong. Golden Week terdiri dari beberapa deretan Hari Cuti yang berkaitan dengan alam dan adat. Antara cuti yang terlibat adalah Hari Showa, Hari Hijau dan Hari Kanak-Kanak (lelaki) – Untuk penerangan lanjut rujuk Blog NashRiza.

HE dan keluarga memang hendak jalan tetapi kerana kesihatan anak dan isteri yang tidak mengizinkan, maka HE  tidak berjalan kemana-mana sedangkan ini masa orang semua sibuk keluar. Tambahan pula, bila HE tanya Adia, katanya “tak nak jalan”. sedangkan kalau kita tak keluar, dia yang beria-ia nak berjalan-jalan.

Semalam apabila kesihatan sudah sembuh dna sudah ok, anak meminta HE untuk berjalan-jalan, maka HE dengan tidak merancang apa, kala sudah jam 2.00 petang kami cuma pergi ke pekan terdekat bernama Chigasaki. Hendak ke tempat jauh-jauh pun langit sudah gelap. Memang ramalan pun mengatakan hari ini kilat akan sabung menyabung.

Di Chigasaki, HE ke shopping Complex sahaja kerana mengelak dari hujan. Duduk berjam-jam tidak terasa kerana lepak minum dan melihat barang. Komplek ini terdiri daripada gedung bernama Saty. Bentknya sama seperti Jusco di Malaysia. Walaupun di Jepun pun ada Jusco, malah di Chigasaki, ada sebuah lagi komplek untuk Jusco, Saty yang umpama adik beradik ini juga terletak berdekatan.

Jika kalian pernah ke Jusco, pasti ada ruang untuk tempat permainan. Jika di Taman Maluri atau di Equine Park ataupun Cheras Selatan ada Jusco yang menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak, di sini sudah tentulah ada. Kalian jika lihat ada game pukulan gendang diiringi lagu atau karektor kartun untuk dinaiki anak tetapi di Jepun sesuatu yang lebih sedikit.

Di Jepun ada banyak pachinko atau kira-kira tempat tikam atau ala perjudian yang banyak menyediakan slot-slot untuk bertaruh. Di tempat permainan seperti di Saty ini juga rupanya ada mesin sebegitu. Rupanya “latihan” ke panchiko sudah dibuat sejak kecik rupanya.

Tamat menyediakan ruang untuk Adia bermain, kami ke Yamada Denki, tempat barangan elektrik untuk memberli Wii Point. Melihatkan Golden Week ini panjang, syarikat juga sibuk membuat tawaran harga. HE melihat kamera digital yang dibeli rakan sudah separuh harganya. Hendak membeli tapi HE mengingatkan anak akan lahir tidak lama lagi. Sabar-sabar.

Pulang ke rumah dengan bas terakhir.

Advertisements

9 thoughts on “>Melayan cuti nan panjang

  1. >a'ah, teringat masa bercuti da pergi ke game arcade ni. ada permainan ala-ala slot / pin ball dan kami tengok ramai kanak-kanak yang asyik bermain dengan bebola penuh satu bakul. Dah besar boleh upgrade ke Pachinko pulak lah ye?

  2. >lina;Kalau byk duit macam diornag ni ta pe lakot…lagi pun diorang nak hilangkan stress agaknyaina;Kak Zuranya due Ogos nanti… kena berjimat-jimat, kat sini walau mcm mana pun kena duduk seminggu di hospital..pulak tu layanan mcm hotal jadi harga mahal.cikf=);Satu genglah Jusco di Jepun ni, AEON juga…deo;ha ha ha, reason itu mmg aku nak pakai tapi Camera yang aku mahu Canon Kiss atau Canon EOS 40D tu..mcm mana ye nak bagi reason besar utk aku beli…

  3. >shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!EVERY CHRISTIANS MUST SAY "ALLAH" RATHER THAN "GOD" & DONT SAY "TRINITY" ANYMORE..This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.The full story is here: ckasih.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s