>Mahkluk Asing boleh tinggal lebih lama

>Apakah maksudnya tajuk ini agaknya? Kalian pasti terkejut. Kalau kalian sudah biasa berada di Jepun, manusia yang selain daripada orang Jepun akan dipanggil Alien kerana setiap daripada mereka mempunyai kad pengenalan yang dipanggil Alien Card. Kisah kali ini bukan fasal Alien atau Makhluk Bumi, sebaliknya ada berita ini:

The Foreign Ministry plans to give favorable treatment in visa applications and extensions to foreign nationals with a good command of the Japanese language.

Kalian dapat baca apakah maksudnya? Sudah tentulah kan? Kerajaan Jepun mempermudahkan pelanjutan visa dan perkara berkaitan kemasukan ke negara Jepun kepada orang bukan Jepun yang boleh berbahasa Jepun.

In addition, visa requirements on professional experience and academic qualifications will be eased. However, the new measures will not lead to any unfavorable treatment to foreigners with poor Japanese language skills, officials said.

Ada dua isu yang menarik di sini. Pertama menggalakkan profesional ke Jepun supaya Jepun mendapat kepakaran mereka tetapi dalam masa yang sama meminta mereka untuk mendalami budaya khasnya bahasa Jepun sebagai asas kemudahan memasuki Jepun. HE rasa cara ini juga boleh menjadi suatu praktis di negara kita dalam kita berusaha meningkatkan pemindahan teknologi. Kita mungkin tidak ada kelebihan seperti Jepun dari segi kemahsyuran teknologi dan kegilaan dan warna-warni ragam rakyatnya tetapi tarikan kita adalah variasi Asia dan juga kos kehidupan yang lebih murah daripada Jepun.

The government plans to assess Japanese language skills based on the results of the Japan Foundation’s Japanese Language Proficiency Test and other tests.

Kita lihat Bahasa jepun ada Ujian bertulis standard yang boleh dipakai seluruh dunia dan menjadi asas penilaian penguasaan Bahasa Jepun. Bahasa Malayu juga perlu ada standard sebegini. HE rasa Dewan Bahasa dan Pustaka harus mencari arah yang sama sebagai tulang belakang perjuangan Bahasa Melayu. Selain peperiksaan standard Bahasa Melayu kita boleh menjadi pelopor perjuangan bahasa nusantara. Buat masa ini, orang luar lebih mengenali Bahasa Indonesia daripada Bahasa Melayu sebagi bahasa rantau sebelah sini.

p/s: Jepun, kalau hal ehwal bangsanya memang cukup kita kagumi. HE pernah menonton suatu rancangan TV mengenai isu orang-orang Jepun perlu mempelajari Bahasa Inggeris kerana semakin banyak orang asing di Jepun. Kata salah seorang panel, kenapa kita yang mesti belajar bahasa asing, kenapa tida mereka(orang asing) yang mempelajari Bahasa Jepun.

7 thoughts on “>Mahkluk Asing boleh tinggal lebih lama

  1. >Jepun memang briliant!! sbb itu mereka ada doraemon ngan naruto!! aa??!!ade org pernah hantar resume letak language proficiencyJapanese, speaking=1, writing=0ekekekekekekeke…..

  2. >sokong…skrg saya ada buat baito di language center…bahasa indonesia, bahasa korea dll mmg dah lama ada ujian bahasa seperti jlpt tu…but bahasa malaysia or bahasa melayu takde…ramai student saya nak try ambik ujian bahasa melayu..but takde…

  3. >satu lagi kenapa bahasa indonesia lebih dikenali disini mungkin atas faktor lebih ramai rakyat Indonesia yang berkahwin dengan rakyat Jepun dan bermastautin di sini berbanding rakyat Malaysia… ini cuma tekaan saja, tak ada bukti sahih… (tapi bab lebih ramai pemastautin Indonesia berbanding rakyat Malaysia di Jepun tu memang betul la..)

  4. >"HE rasa Dewan Bahasa dan Pustaka harus mencari arah yang sama sebagai tulang belakang perjuangan Bahasa Melayu.""Tulang belakang perjuangan Bahasa Melayu" hapakebendanya, sekarang sudah menjadi Bahasa MALAYSIA, dan perkataan BARU dan BAHARU sudah dikalihkan maksud mereka masing².Memperjuangkan Bahasa Melayu hapakebendanya, sekarang Sains dan Matematik dipaksa untuk diajar dalam Bahasa Inggeris. Baru² ni saya menjaga ujian bulanan di sekolah rendah, nak buat Matematik pun ada soalan tertentu, bebudak ni tak paham apa kehendak soalan (sebab dalam BI). Tu tak termasuk lagi penguasaan dalam subjek BI tu sendiri yang sememangnya lemah.Teknologi ni, pada pandangan saya la, lebih dikuasai oleh negara Jepun sekarang ini (Tuan HE patut lagi tahu la kot, betulkan kalau saya salah, hehe!). Jadi, penat² belajar Sains/Matematik dalam BI, pastu kalau nak lanjut pengajian ke Jepun, berguna lagi ka BI tu? Tak kan??? Kena belajar Jepun pulak kan? Jadi, apakah pekdahnya kerajaan Malaysia yang Hadhari ini buat macam itu??? Ni, kalo nak jadi angkasawan, nak kena pi Rusia, pun dah takleh pakai jugak BI kan? Ayoooo….P/S: Maaf sebab komentarnya sebegitu telat, dah seminggu dah entri ni, baru nak komen, hehe… :mrgreen:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s