>Ulangtahun Kemalangan Amagasaki

>Sejak awal pagi, TV di Jepun menayangkan kejadian 3 tahun lagu yang melibatkan kemalangan keretapi paling menyayat hati dimana kereta Japan Railways West melanggar sebuah apartment di sebuah selekoh di wilayah Hyogo. Kejadian yang berlaku jam 9.18 pagi itu menyebabkan kematian 107 orang dan mencederakan ramai orang.


gambar Reuters

Pagi ini, majlis memperingatinya dibuat di kawasan kejadian. Keretapi yang melalui kawasan itu pada jam 9.18 pagi akan membunyikan siren dan sejurus selelpas itu, doa mengiring mereka yang sudah pergi.

TV juga menunjukkan kesan kemalangan itu apa salah seorang wanita yang cedera parah di dalam kejadian itu kini menjalani terapi untuk memulihkan kecacatan yang dihadapinya. Dia yang mengalami kecederaan di bahagian otak sudah seperti orang terencat akal. Tetapi berkat kesabaran keluarganya, dia kian pulih walaupun tidak sepenuhnya.


Gambar BBC

Kemudiannya, mereka menunjukkan pula bagaimana syarikat JR West ini mengetatkan prosedur keselamatan terhadap pemanduan apabila beberapa tempat diletakkan had laju tertentu. Pemandu keretapi diwajibkan menyebut setiap had laju yang diletakkan dalam perjalanan dan mematuhi hadlaju tersebut. Ada suatu tempat dimana dalam 1 kilometer ada puluhan hadlaju dan mereka perlu menyebutnya dan mematuhi hadnya. Memang menyusahkan tetapi itulah dia mereka di Jepun.

Advertisements

3 thoughts on “>Ulangtahun Kemalangan Amagasaki

  1. >walau menyusahkan mungkin lebih elok begitu. tahu tak ada pemandu komuter yg lansung tak pandang trek bila tren berjalan? Tren on auto mode, hingga kalau terlanggar orang menyeberang pn tak perasan. Menuduh ke? Tidak, sebab pengalaman sendiri

  2. >cbrn menjadi pemandu tren di jepun mmg hebat. manual dah la susah…pastu jalan berselirat celah2 bangunan. tu belum yg berselirat di bawah tanah. bertingkat2. kalu jishin… kanggaerarenai hodo~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s