>Larian Obor Beijing 2008

>Sudah lama bercerita tentang kehidupan di Jepun, hendak pula bercerita tentang dunia dari kaca mata HE tetapi diteropong dari peti telvisyen Jepun. Bercerita tentang Larian Obor Olimpik Beijing 2008 sangat signifikan kerana hari ini di Kuala Lumpur pun berlangsungnya Larian Obor. Di Jepun pula akan dilangsungkan di Nagano, Bandar Olimpik Musim sejuk 1998.


Gambar dipetik dari AP Yahoo News.

Semasa awal-awal mendekati Upacara Pembukaan pada 8 Ogos 2008, kita sudah nampak beberapa usaha menidakkan keajaban Beijing 2008. Kita tahu China akan melakukan yang terbaik kerana mereka juga telah membuktikan penganjuran sukan Asia 1990 dan beberapa acara bersifat rantauan seperti Sukan Musim Sejuk Asia di Harbin pada tahun 1996 dan juga di Changcun pada tahun 2007.


Gambar dipetik dari AP Yahoo News.

Menurut beberapa pemerhati, penganjuran di Beijing bakal melenyapkan beberapa kegemilangan tuan rumah lain seperti Barcelona dan Sydney. Malah pembinaan struktur utama temasya ini iaitu Stadium “Bird Nest” yang melangkaui teknologi kejuruteraan telah membuatkan barat gerun kerana melihatkan China mampu menguasai ekonomi sebelah sini. Barat khasnya Amerika amat menggeruni China kerana mereka mempunyai kuasa pasaran yang tinggi berbanding Amerika. Malah kuasa ekonomi Asia sejak dulu iaitu Jepun yang berkiblatkan Amerika juga kelihatan agak tumpul sejak kebelakangan ini. Tambahan pula Jepun yang kita ketahui sudah bergantung ekonominya di negara China apabila beberapa syarikat gergasi mereka memindahkan operasi mereka ke China dari negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand.


Stadium Bird Nest Mercu tanda Olimpik Beijing dari dalam. Gambar BECOG.

Ketakutan Amerika telah memaksa mereka memastikan Beijing 2008 menjadi seperti Moscow. Mereka menggunakan kes Tibet sebagai batu loncatan. Kita tahu setiap kejadian di dunia ini mungkin ada suntikan serba sedikit dari Amerika kerana alasanya mereka ini Polis Dunia. Mungkin ada habuan Amerika kepada Dalai Lama sehingga Dalai Lama ini menjadi hero Tibet. Yang pastinya, kita perlu ingat Olimpik adalah lambang keamanan. Kerap kali olimpik dijadikan simbol penyatuan. Umpamanya di olimpik juga Korea menggunakan satu bendera semasa perarakan masuk. Kenapa dalam hal China, keamanan tidak diperjuangkan. Keanapa mesti sentimen politik dimasukan di dalam penganjuran Olimpik. Ini adalah hasutan media.


Stadium Bird Nest Mercu tanda Olimpik Beijing dari pandangan artis. Gambar BECOG.

Jika CNN dan televisyen Jepun khasnya Fuji mereka menayangkan secara berulang tindakan protes semasa Larian Obor di PAris, London dan San Francisco. Semunya kisah sekelumit yang cuba dihebohkan, maka ia menjadi heboh. Di Jepun, bandar Nagano yang menjadi tempat larian obor sepatutnya bermula dikawasan kuil terkenal terpaksa ditarik balik kerana gara-gara takut akan berlaku perkara tidak diingini. Malah tidak hairan di Malaysia, 3 orang warga Jepun ditahan kerana memperjuangkan Tibet dikaian rentangnya semasa Larian Obor di Kuala Lumpur. Ini semuanya pengaruh media yang begitu kuat. Cara media melaporkan memang sangat berpengaruh di Jepun sehingga mia nampak begitu teruk.

Bagi HE, semua ini telah dirancang. Semasa Jepun mempamerkan berita-berita negatif di China, HE sudah menganggap ini adalah sentimen yang mahu menjatuhkan kredibiliti China dalam menganjurkan Olimpik. Jepun kerap mencari kekurangan negara China sejak akhir-akhir ini melalui medianya khasnya saluran Fuji. Sebelum kisah gyoza (sejenis makanan ala cina) yang dikatakan beracun, kemudiannya tentang kisah tibet dan kemudiannya pencemaran teruk di Beijing dan pelbagai cara untuk meyumbang saran pemikiran rakyat Jepun anti China. Ini mungkin juga ada sentimen usaha menboikot temasya ini.

Kita lihat dalam laporan berita, tiada kejadian yang kurang baik sebagaimana di London, paris dan San Francisco di Malaysia mahupun negara Asia lain kerana beberapa negara ini tidak membenarkan campur tangan luar. Kita tunggu kejadian yang bakal berlaku di Australia nanti. Ini kerana negara itu juga berkiblatkan Amerika.

Semoga dunia kita lebih aman. memetik dari Wiki:

The Olympic movement uses many symbols, most of them representing Coubertin’s ideas and ideals. The Olympic Rings are the most widely used symbol. These five intertwined rings represent the unity of the five inhabited continents (with the Americas regarded as one continent). The five colored rings on a white field form the Olympic Flag. The colors, white, red, blue, green, yellow, and black, were chosen such that each nation has at least one of these colors in its national flag. The flag was adopted in 1914, but the first Games at which it was flown were Antwerp, 1920. It is hoisted at each celebration of the Games.

The Olympic Motto is “Citius, Altius, Fortius”, a Latin phrase meaning “Swifter, Higher, Stronger”. Coubertin’s ideals are probably best illustrated by the Olympic Creed:

“The most important thing in the Olympic Games is not to win but to take part, just as the most important thing in life is not the triumph but the struggle. The essential thing is not to have conquered but to have fought well.”

ps: tahun lepas dah bercadang nak menonton upacara pembukaan olimpik, sayangnya upacara pembukaan dan tarikh isteri bersalin begitu rapat. Sudah batal hasrat, susah nak dapat peluang melihat olimpik tetapi susah juga mahu melihat kelahiran anak kerana ia juga sekali dalam seumur hidup.

Advertisements

4 thoughts on “>Larian Obor Beijing 2008

  1. >Ya..saya setuju dengan pandangan saudara..jikalau di UK (saya pelajar di UK) semua permasalahan Tibet digembar-gemburkan, mencermin kan ketidak upayaan China untuk menangani 'masalah' yang timbul..bagi saya, tiada masalah yang besar melainkan campur tangan kuasa luar, yang hanya bising untuk kepentingan sendiri..bahkan masalah di Sudan juga cuba disangkut kan dgn China..saya berharap China akan menjadikan olimpik 2008 yang terhebat, supaya jadi iktibar/pengajaran kpd negara asia yg lain..kita tidak perlu bergantung kpd Barat semata2 (kasihan kpd Jepun yang masih di bawah penguasaan Amerika secara tidak Langsung 😦 ) wassalam.

  2. >saya sokong….betul..pengaruh luar yg lebih memburukkan keadaan…p/s rancang nak pergi beijing ke??? kami tahun depan kot..sbb now barang semua naik di beijing..-nash-

  3. >Hmm… ini membuktikan bahawa kat negara² tempat kat dunia pun, medianya tidak "telus", hehe…Apahal pun, memang Amerika Syarikat suka mewujudkan "hero" di kalangan rakyat di negara² tertentu yang berideologikan ideologi yang tak sekepala dengan Amerika Syarikat. Kat Myanmar ada Aung San Su Kyi untuk menentang Junta. Ini kat China, Dalai Lama la pulak "heronya" kan? 🙄

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s