>Penerokaan Yokohama

>OK. Ini adalah sesi sambutan menguraikan kekusutan beberapa minggu kebelakangan ini berkaitan dengan universiti. HE dan keluarga ke Yokohama. Ada rakan semasa HE duduk di Chiba sudah sampai ke Yokohama. HE pula masih belum sampai. Cuma dua minggu lpas, HE pergi untuk membuat talian tinternet kerana di situ ada kedai elektrik Yodobashi yang agak terkenal tambahan pula ada bnyak point untuk digunakan.

Tujuan kali ini, misi di Yokohama adalah:

  • Mengambil baucer Yodobashi bernilai Y10,000 (RM300)
  • Membeli stok barang rumah di Costco
  • Melihat tulip

Adia dan Bunga, originally uploaded by hairieusoff.

Awal pagi selepas makan nasi seperti makan tengahari dan apabila keluar jam 9.00 pagi HE dari Stesyen Shonandai terus ke stesyen Kannai dengan menaiki Blue Line untuk Pesta Musim bunga yang dilangsungkan sekitar Stadium Baseball di Yokohama. Walaupun tidak sebanyak mana tulis tetapi agak menarik kerana ada pelbagai jenis rupanya bunga tulip ii bukan sahaja pada warna tetapi pada bentuknya juga.

Warna-warna Tulip, originally uploaded by hairieusoff.

Anak HE memang berkenan sungguh dengan bunga tambahan pula kalau warnanya merah jambu atau sewaktu dnegannya. Maka akan menjadi tempat posing yang bagik untuk Adia. Isteri HE pula hendak membeli bunga-bunga di situ yang agak murah, apakan daya, tidak mampu HE hendak angkat pokok itu sepanjang hari, lain lah kalau berkereta.

Lagi Tulip, originally uploaded by hairieusoff.

Semasa keluar rumah, anak HE ternampak kedai shushi berdekatan dengan stesyen Shonandai dan kemudiannnya di dalam keretapi dia mengulang-mengulang meminta sushi. Terpaksa HE mencari kedai sushi di sekitar Yokohama. Mujur ada internet di telefon bimbit untuk mencari kedai sushi Kura yang sepinggan sushinya berharga Y100 sahaja.  Dari Stadium, terus ke sushi Kura di yang kedainya berhampiran stesyen Konandai dengan menggunakan JR Negishi Line. Di situ jalan lebih kurang 6-7 minit akan sampai ke kedainya. Anak HE memang suka makan sushi telur dan HE pula suka makan sushi belut dan isteri suka sushi salmon bawang.

Adia, originally uploaded by hairieusoff.

Selesai makan kami ke Costo untuk membeli belah barangan utama untuk dua bulan seperti sabun basuh, lampin anak, barang dapur. Untuk ke Costo dengan keretapi perlu menaiki Kazawa Seaside Line dan turun di stesyen Sachiura atau Namiki Chuo. Ramai juga orang di sini. Dulu di Chiba, HE suka juga ke Costo Makuhari.

Tona, originally uploaded by hairieusoff.

Lama juga di situ dan selesai kembali ke stesyen Yokohama untuk ke Yodobashi untuk mengambil baucer. Apa hendak digunakan dengan baucer ini. Nampak gayanya anak dan mama sudah ada pelan awal iaitu CD game untuk Wii. Tidak mengapalah. Maka anak HE dapat game Disney Princesses dan Wii Sports. Sejurus itu, balik dengan segera takut pula bas ke rumah tiada. maka balik semula ke rumah dengan masing-masing lelah dengan perjalanan yang teramat panjang sepanjang hari.

Advertisements

3 thoughts on “>Penerokaan Yokohama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s