>Tokyo Disney 25 Tahun

>HE pun tidak tahu kenapa tajuk entri HE seperti di atas. Mungkin teringin hendak pergi tetapi sudah pergi. Hari ini genaplah sudah Tokyo Disneyland berusia 25 tahun. Di televisyen sejak pagi lagi sudah memberitakan tentang sambutan ini.

Menurut mereka, Disneyland telah memberikan sumber pendapatan yang besar. Pengunjungnya sentiasa meningkat saban tahun. Malah kehadiran Disneyland menjadi memberapa memori yang indah kepada sebahagian penduduk Jepun. Ada yang memberitakan hubungan mereka yang bertambah erat sejak mereka ke Disneyland, ada pula membuat sambutan ulangtahun perkahwinan di Disneyland dan ada juga membuat pertemuan semula di situ.

Kejayaan jenama Disney di Jepun sangat menarik kerana walaupun francais ini datangnya dari Amerika tetapi ia telah dilokalisasikan dengan persembahan di dalam Bahasa Jepun. Mungkin ini yang patut difikirkan semasa kita mempromosikan Nusa Jaya di Johor sebelum menjadi Wilayah Pembangunan Iskandar dan kini menjadi Iskandar Malaysia.

Untuk pengetahuan kita, Tokyo Disneyland dibina diatas tanah tebusguna yang dikenali sebagai Maihama iaitu mirim dengan perkataan Miami Beach dimana Disney World di Florida. pembinaan Disneyland di Tokyo Bay itu telah membuka satu bandar baru dipersekitarannya dengan cepat, malah Tokyo Disney Resort sahaj sudah menjadi satu bandar hiburan penuh mimpi bagi sesetengah penduduk di Jepun.

Mungkin ramai yang berkata, apa guna orang tua bergembira seperti kanak-kanak tetapi ada juga yang berpandangan setiap orang tua ada perasaan kekanak-kanakannya. Jika tidak pun mereka punya insan kecil untuk sama-sama bergembira.

Wah! panjang juga HE bercerita tentang Disneyland Tokyo. Bukan ada saham cuma ingin bercerita.

***

Sekarang HE sedang sibuk mencari subjek untuk semester ini. DI Keio atau mungkin beberapa universiti di sini ada waktu yang dipanggil subject shopping. Walaupun ada kelas yang sudah bermula tetapi masih belum waktu mendaftar subjek. Ini dibuat untuk mefamilarisasikan suasana kelas sebelum mendaftar subjek.

Esok masih ada kelas untuk dihadiri dan sememangnya sudah bermula, gambarimas!!!

Advertisements

2 thoughts on “>Tokyo Disney 25 Tahun

  1. >salam..em..xpernah pg lg tokyo disney..last year pg disneyland kt paris..sehari suntuk kt c2..time 2 pergi dgn member2..dlm 1 hari tu naik 5 roller coaster..mujur xmuntah..hehe..teringin gak nk pg tokyo disney..mayb ade lainnyer kan..em..btl kta cik ayumi..ltklah gbr..nak tgk..=]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s