>Dari Ichikawa Ke Fujisawa

>27 Mac

Agak sibuk sekali mendekati tarikh di atas. Memandangkan isteri mengandung, agak sukar untuk meminta dia melakukan kerja berat. HE perlu melakukan kebanyakan perkara untuk perpindahan ini, isteri ditugaskan untuk menghubungi syarikat pengangkutan dan berkaitan bil-bil.

 

 Pre Packing, originally uploaded by hairieusoff.

 

 Best Service Mover Loading, originally uploaded by hairieusoff.

Perpindahan akan menggunakan syarikat Best Service yang dikenalkan oleh agen perumahan Able. Di Jepun pada waktu penghujung Mac dan Pertengahan April adalah waktu orang Jepun berpindah. Jadi permintaan yang tinggi akan menyebabkan harga juga tinggi ibarat teori permintaan ekonomi.

 

 Bath, originally uploaded by hairieusoff.

Proses kemas barang mengambil masa seminggu setengah. Tetapi apabila mengangkat, orang Best Service angkat hanya 23 minit. Selepas itu kami terus ke Kanagawa menaiki keretapi untuk ke rumah baru. Di sana juga orang Best Service mengangkat dengan lajunya. Pastinya untuk mengemas semula akan mengambil masa yang lama.

 

 Balcony Kara 3, originally uploaded by hairieusoff.

Pada hari yang sama kami kembali ke Ichikawa kerana agen rumah yang lama mahu memerikasa rumah keesokan harinya. Sempatlah juga mengemas dan tidur hanya dengan sleeping bag anak HE dan juga heater mat. Esoknya selepasnya semakan terhadap rumah dibuat, kami keluar rumah untuk ke rumah baru dengan satu beg sahaja. Terima kasih Jaya kerana menumpangkan kami ke stesyen IchikawaOno.

 

 Wii 1, originally uploaded by hairieusoff.

 

 Wii 2, originally uploaded by hairieusoff.

Adia and Wii, originally uploaded by hairieusoff.

Di Jepun ada dua jenis gas yang digunakan iaitu 13A (usah ditanya apakah dia) dan juga Propane. Rumah lama menggunakan 13A dan rumah baru menggunakan propane. Memandangkan terdapat perbezaan gas, dapur juga berbeza. Jadi terpaksa membeli dapur gas yang baru. Jadi HE pergi membeli di Yodobashi (tempat barang elektronik terkenal) di cawangan Yokohama. Memang sebelum ini kerap juga membeli barangan di Yodobashi Akihabara, Tokyo jadi point memang sudah cukup sehingga membeli Wii (game yang tengah digilai di sini). Apalagi HE guna semua point untuk membeli Wii dan perisian sekali gus. Anak HE nampak logo Wii pun sudah gembira. katanya game game game berulang kali.

 

 From Entrance, originally uploaded by hairieusoff.

From Back, originally uploaded by hairieusoff.

Living To Kitchen, originally uploaded by hairieusoff.

 

 Tulip, originally uploaded by hairieusoff.

Pulang ke rumah masih belum boleh menggunakan dapur kerana hendak mengalaskan dinding di sekitar dapur agar tidak kotor semasa memasak nanti. Jadi masih makan di luar. 

1 April

Selepas berpindah atau setiap kali berpindah, orang-orang Jepun akan mendaftar di City Hall atau pihak berkuasa kerajaan Tempatan. Dahulu HE duduk di Chiba, Ichikawa maka HE kena mendaftar di Dewan Bandaraya Ichikawa dan kali ini pula HE perlu mendaftar di Fujisawa di Wilayah Kanagawa. Memang renyah bila berpindah tetapi orang sudah banyak mengatakan di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung. Turuti sahaja. Proses ini sebenarnya akan memaklumkan bahawa HE dan keluarga HE sudah menjadi warga Fujisawa dan boleh mendapat kemudahan-kemudahan dari Wilayah ini. Antaranya kemudahan bersalin dan kemudahan persekolahan anak-anak.

Bercakap tentang kemudahan bersalin, sebelum berpindah, isteri HE membuat peperiksaan kandungan di Ichikawa dan bagi meneruskan peperiksaan kami perlu tahu hospital mana yang boleh kami tempah untuk isteri HE bersalin nanti. Di Jepun sudah menjadi trend untuk menempah hospital kerana jika tidak isteri kita tidak boleh bersalin (Agaknya jika tidak tepi jalan sahaja). Orang Jepun yang cerewet ini mungkin menyebabkan hospital begitu berhati-hati untuk menerima pesakit kerana mereka suka menyaman hospital. Malah mereka yang mahu menjadi doktor juga semakin berkurang kerana khuatir disaman pesakit. Berbalik kisah hospital di tempat HE ini. ada sebuah Hospital yang agak terkenal bernama Yoshida dan untuk pertama kali, HE kena membayar ¥100,000 untuk tempah. Nilainya samalah dengan RM3000. Tidak mengapalah demi anak.

Selesai tentang rumah, pendaftaran warga dan rawatan mengandung, ini adalah masanya berkaitan dengan HE. Pendaftaran dan orientasi di Keio Kampus Shonan Fujisawa.

4 April

HE pergi untuk mendengar penerangan yang tentunya di dalam bahasa Jepun. Walaupun banyak kata-kata yang kurang difahami tetapi kebanyakannya dapat dimengerti. DAri situ, HE mengenali Chairperson untuk program HE dan masanya berjumpa dengan profesor yang bakal menjadi supervisor HE nanti.

5 April

Sebenarnya masih mahu rehat tetapi rakan isteri HE mengajak untuk pergi berhanami atau melihat sakura. Namun, peliknya Jepun yang seorang ini tidak suka pergi ke tempat orang ramai. Jadi dia mahu pergi berhanami di tepat yang tidak ramai orang berkelah seperti Taman Ueno atau Taman Yoyogi. Dia telah membawa HE dan keluarga ke Roppongi dan melihat deretan sakura dikawasan persekitaran pejabat. Tambah sedih si Jepun ini pula tidak kisah walaupun hari hujan turun dan melihat anak HE telentok tidur di dalam stroller.

Sakura 2008 Roppongi 2, originally uploaded by hairieusoff.

Sakura 2008 Roppongi 3, originally uploaded by hairieusoff.

7 April

Waktunya membuat pemeriksaan kesihatan. berbekalkan “Pee pole” yang dibekalkan untuk menyimpan air kencing untuk tujuan peperiksaan HE berbaris untuk pemeriksaan tersebut. Pemeriksaan bermula jam 1.30 tetapi seawal 1.00sudah ada orang berbaris. Mujur HE datang awal. Apabila dibenarkan masuk HE rupanya masih belum mengisi tabung “pee pole” tersebut dan attendent di situ meminta HE buang air kecil di situ juga. Macam nak gila rasanya. Pemeriksaan kesihatan ini sangat teliti dan HE pergi satu kaunter ke satu kaunter. HE rasa patut juga Universiti di Malaysia juga buat sebegini. Tidak perlu dibuat sebelum memasuki universiti, hanya memenuhkan Hospital kerajaan dan mengahbiskan duit sendiri sahaja. Bukan senang hendak dapat tarikh doktor.

8-10 April

Kelas sudah bermula dan kadang kala mengalami kejutan dengan cara pengajaran dan pembelajaran tetapi semuanya orang kata “tiada masalah boleh diatasi”. InsyaAllah HE akan menjadi warga Makmal Tokuda untuk projek Ubiquituos. Doakan kejayaan HE.

Rumah pun sudah selesai. Internet pun sudah diperolehi pada 10 April lepas dengan menggunakan talian fiber optik Jalur lebar NTT. Baik HE, isteri dan anak sangat gembira dengan perkembangan itu. Semalam sahaja HE sudah memesan makanan halal.

Durian 1, originally uploaded by hairieusoff.

Bercakap tentang makan halal, mujur daerah HE ini ada kedai yang menjual produk halal dan produk Asia. Di Shonan Dai ada kedai India/Pakistan yang menjual daging halal dan rempah ratus yang bernama Taj Mahal. Berhampiran dengan Daiso (kedai ¥100) Shonan Dai pula ada mini market barangan Thai bernama Som Boum. Di situ ada menjual Durian dan HE telah membelinya dengan harga ¥1200 yang bernilai kira-kira RM40. Duriannya sudah dipek elok dengan dua ulas durian. Dapatlah HE merasa durian tersebut seulas dan seulas lagi dibuat tempoyak.

Masa untuk bersukaria sudah tiada dan kini masa menumpukan perhatian kepada pelajaran dan kajian yang bakal dilakukan. Gambarimas.

Advertisements

22 thoughts on “>Dari Ichikawa Ke Fujisawa

  1. >nampak rumah baru selesa… bukan kategori "doubutsuen" – yelah segala doubutsu tachi ada di sana – nezumi, gokuburi, ari etc – mcm di green heights. (ini pengakuan warga gren heights – bukan ayat saya tau). alhamdulillah dah selesai mcm2 urusan – termasuk tempahan hospital untuk zura… masa saya pindah dari chiba ke tokyo – kerana suami tidak boleh berbahasa jepun, semua urusan dengan pejabat daerah lama dan baru terpaksa dibuat sendiri. sesudah anak lahir pun, semua urusan di pejabat daerah dibuat sendiri semasa masih dalam pantang… untunglah zura sebab HE sudah boleh berurusan di pejabat daerah, jadi nanti tak perlu risau turun naik pejabat daerah (sebab bukan ke satu tapi berbagai-bagai kaunter di tingkat berlainan) sewaktu dalam pantang… oh – tapi kalau pandai agih masa, tak ada masalah kalau dua2 study dan 'suka ria' dijalankan serentak… 😉 yang betul-betul tak boleh bersuka ria hanya yang sudah di semester akhir pengajian – macam saya!

  2. >salam..bestnyer..lawa gbr2 tu..anak lawa,rumah lawa,sakura lawa,durian pun sodap…hehe..teringin gak nk p jepun tp dr cni sgtlah mahal..huhu..apepun enjoy ur new life with ur new house..=]

  3. >gambattekudasai…sama dept dgn murai sensei ke??? pernah sekali je pergi keio shonan campus…mmg cantik n luas..nampak mcm bukan univ kat japan je…korekara taihen kamo…gambarimasyou

  4. >oh HE, good luck ya for your studies and research. your house looks so comfy la. sangat cantik juga. hehehe. (malang sekali perumahan kat Malaysia tak la seindah kat Jepun huhuhu~) anyway, take care ye.

  5. >alhamdulillah, HE sekeluarga dah selamat berpindah. hal2 penting pun berjln lancar dlm pengurusan nampak nye.. ok, next…moga wife HE selamat b'salin dan study ganbatte ne buat HE.bagus nye adia dpt wii!!!

  6. >Satu proses yang amat memenatkan. Tetapi berdasarkan penerangan yang dipaparkan, ternyata kamu seorang yang teliti dan pandai mengurus situasi. Perkara begini memang seharusnya dilakukan dengan teliti. Saya kagum dengan sistem pendaftaran yang dilaksanakan. Barangkali, jika Malaysia, atau lebih khusus, daerah2nya mengamalkan sistem yang sama, pastinya kebanjiran warga asing dapat dikawal dan seterusnya jenayah yang dilakukan oleh seseorang dapat dikenalpasti dengan mudah dan segera. Mungkin la…Apa pun, untuk HE yang bakal menerima anak ke dua, bakal memulakan sesi pengajian dan bakal memulakan hari-hari di tempat baru…saya doakan anda berjaya mengharungi semua itu dengan BAIK dibawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t… AMIN…

  7. >Rumah HE mmg canteeekkk sgt2.. Nampak sgt2 selesa utk seisi keluarga…Shy dah lama impikan rumah yang simple mcm tue.. Tkpi.. HE kan dah biasa pindah2 rumah nie..Dulu masa Shy jadik osmate HE pun.. kita pindah 3 kali per… hahahah..Cuma kali nie HE senang sket laa pakai movers..Cantekkk giler bunga2 sakura tue… Kesian kat HE.. Sure kempunan nak makan durian..Almaklumlaaa.. HE kan org Perakk….Mana leh lari dari durian and sambal tempoyak..

  8. >Arrrghh!!!Jiwa gamer hamba terasa tersangat cemburu melihat keseronokan anak Tuan HE memegang Wiimote sambil bermain game MARIO PARTY 8 (betul kan?) pada konsol Nintendo Wii sementara hamba masih "sangkut" dengan Sony Playstation 2 serta PC era 2004 ke bawah (tak boleh/mampu nak mainkan game² PC terkini)! :xIni soalan yang memang budus, tapi nak tanya jugak la. Nintendo Wii tu original dan bukan cetak rompak kan? :mrgreen:Apahal pun, selamat berpindah dan maaf sebab seminggu lewat mengucapnya! 8)

  9. >[…] ini, sudah ¥100,000 dibayar, dan pembayaran kali ini menjadikannya ¥200,000 (RM6206.00). Seperti entri HE sebelum ini, hospital di Jepun perlu ditempah untuk bersalin. Perbelanjaan mungkin akan lebih lagi selepas […]

  10. >salam…dulu penah stay di chiba yer?kat sana ada tak kedai makanan halal?asben saya akan ke chiba lagik next week atas urusan keje..kali nih dia pegi sorang..dah ler taktau speaking jepun..takut gak jadi apa2 kat sana dia lak pg sesorang jerk sana..

  11. >kali nih baru kali ke-2 dia ke chiba..last dia pegi chiba januari 08..tapi masa tu dia ada partner…dan hanya makan bekalan megi ngan makanan dlm tin jer..:)

  12. >di chiba nanti mungkin dia akan stay di hotel manhanttan..hotel yg sama dia stay aritu..leh senaraikan kedai2 yg halal di sana tak?suami saya kata sehari tak jumpa nasi rasa nak pengsan..hahahahaha..dia akan bertolak ke narita airport 25hb malam..26hb & 27hb dia kene pegi inspect brg yg company order..then 28hb maybe bertolak balik ke malaysia..:). Green heights ngan hotel manhattan tu dekat tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s