>Jamuan Shesowa (シェソワ)

>Melihatkan tajuk pasti kalian tertanya-tanya apa jenis jamuankan ini? Sebenarnya Shesowa adalah nama apato kami. Kata asalnya dari perkataan Perancis agaknya yang berbunyi Ce Soir yang bermaksud malam ini. HE pun tidak tahu kenapa apato kami bernama sedemikian mungkin banyak lagu-lagu bermula dengan Ce Soir agaknya. Di apato ini ada 4 buah rumah, dan 3 daripadanya dihuni oleh 3 keluarga orang-orang Malaysia.

Ce Soir Family, originally uploaded by hairieusoff.

Memandang pada April depan, semuanya akan berpindah untuk memasuki Universiti, maka kami buat jamuan. Kami agak rapat kerana kami antara komuniti Malaysia yang ada di sini. Ada lagi komuniti di penempatan bernama Greenheights tetapi memerlukan kami berjalan selama lebih kurang 30 minit untuk ke sana. Jadi komuniti di sini yang di diami oleh HE, Aidi dan Jaya sejak April lalu menjadikan kami rapat.

Part of the Food, originally uploaded by hairieusoff.

Jamuan kali ini lagaknya seperti jamuan perpisahan. HE akan ke Fujisawa, Kanagawa untuk memasuki Kampus Shonan Fujisawa Universiti Keio, Aidi pula akan memasuki Universiti Hiroshima di Higashi Hiroshima dan Jaya pula akan memasuki Universiti Kyoto, sudah tentu di Kyoto.

Hari ini dalam kesibukan kami mengemas barang, sempat juga membuat jamuan ini (tea party aje), isteri HE membuat donat dan agar-agar, isteri Aidi membuat chakoi dan cocktail manakala isteri Jaya membuat roti canai dan kari daging vegiterian, kuah dal dan sambal. Seronoknya makan sambil bersembang. Mungkin ini kali terakhir kami buat begini kerana selepas ini kami duduk berjauhan. Sebelum jamuan petang itu, Aidi dan kameranya sempat merakam beberapa gambar menarik. Semoga gambar ini akan terus kekal dalam ingatan kita selepas ini.

apato: apartment

Advertisements

5 thoughts on “>Jamuan Shesowa (シェソワ)

  1. >ingat boleh belajar bahasa jepun sahaja disini, bahasa perancis pun boleh belajar juga. Apa-apa pun he, semuga He bergembira dimana sahaja He berada, kirim salam Am pada rakan2 He disana ya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s