>Disneyland – Ciderellabration 2008

>

HE pernah ke Disneyland April 2007 iaitu 5 hari selepas mendarat pertama kali di Bumi Terbit Mentari ini. Pada masa itu musim Sakura berkembang dengan indahnya. Tujuannya untuk membawa Adia yang memang meggilai koleksi Disney Princesses. Namun kerana Adia masih berumur dua tahun pada ketika itu, dia masih belum paham karaktor yang muncul-muncul di hadapannya itu. Kala ini, Adia sudah pandai dan boleh menjerit memanggil nama karaktor, jadi berbaloilah untuk pergi ke Disneyland sekali lagi. Tambahanpula pada kali ini, sambutan Cinderellabration diadakan (sila rujuk entri HE sebelum ini tentangnya). Bersesuaian pula dengan sambutan ulangtahun perkahwinan HE, HE cover semua sekali.

Minie Oh Minie – Samba, originally uploaded by hairieusoff.

Di Disneyland agak payah untuk mematuhi rancangan yang kita buat. HE dan anak tidak suka sangat hendak naik ride tetapi lebih suka menonton show. Tetapi oleh kerana orang ramai, terpaksa beratur lama untuk melihat persembahan menyebabkan jadual persembahan yang lain tidak dapat diikuti seperti dirancangkan. Ini berbeza dengan DisneySea yang persembahan mereka lebih terbuka dan memudahkan untuk mengatur waktu tontonan persembahan.

Pada paginya, HE menonton Minie oH Minie, karaktor Minie yang juga minat Adia. Lama juga menunggu sebelum menyaksikan persembahan selama 30 minit itu. Selesai persembahan Minie oh Minie, kami berjalan sekitar Cinderella Castle dan menanti perarakan Moving On yang menjadi acara tetap Disneyland.Pada masa ini, sejak awal-awal kami sudah mengambil kedudukan yang selesa sambil menjamu selera bekalan yang dibawa (makan tengahari). Orang Jepun juga begitu sanggup menggu lama untuk parade ini. Maka keluarlah satu persatu karaktor Disney melintasi kami laksana Majlis Citrawarna.

Cinderella Coronation, originally uploaded by hairieusoff.

Selesai acara itu, HE memasuki Cinderella castle untuk melihat di dalamnya. Sekadar sebuah kedai cenderamata dengan nama The Glass Slipper. Tak berani HE kedalamnya dengan anak HE yang tidak duduk diam itu, mungkin ada insiden yang tidak diingin terjadi. Melepasi Cinderella cstle menuju Its’s A Small World Ride yang dukai Adia. Kalian pasti pernah lihat Jam di Sogo. Lebih kurang begitulah juga di dalamnya dengan boat ride.
Selepas ride tersebut, diluarnya banyak karetor yang keluar untuk kita mengambil gambar, Adia juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar. Sayangnya Adia malu dengan Peterpan mungkin kerana si Peter pan ini hansome orangnya. Adia sudah pandai malu! HE baru nak tunjuk pada aunty-auntynya supaya cemburu. Sayang, Adia malu-malu.

Lights Of Romance, originally uploaded by hairieusoff.

Sebelah malam adalah masa sambutan Cinderellabration. Bermula dengan Lights Of Romance yang merupakan persembahan cahaya dan bunyi memperseonakan kesemua penonton di situ. Ini kerana semua tempat di penuhi cahaya ibarat keajaiban dunia pari-pari. Sejurus itu Majlis pemahsyuran Cinderella sebagai puteri dilakukan dengan keberangakatan semua puteri-puteri dari Snow White sehinggalah kepada Belle sebagai pemula majlis. Akhir sekali sudah tentunya pemahkotaan Tiara oleh The King kepa kepa cinderella sebagai tanda rasmi Cinderella sebagai Sang Puteri.

Glass Slipper with Full Moon, originally uploaded by hairieusoff.

Malam itu tamat dengan keindahan cahaya dan kesejukan Musim sejuk di Tokyo. Adia walaupun sejuk tetapi masih panas dengan kegembiraan melihat Cinderella yang sering menjadi mimpinya.

7 thoughts on “>Disneyland – Ciderellabration 2008

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s