>Surat Mukhriz kepada Pak Lah: Berani dan Jelas

>Berita tentang surat Mukhriz Mahathir kepada Pak untuk mengundur diri sesuatu yang sangat berani dan HE sebenarnya menyokong surat itu dihantar. Pada HE selagi pengampu Pak Lah terus-terusan membodek Pak Lah, justeru dia akan terus terlena dan tidak sedar bahawa bukan semua menyukainya.

Surat Mukhriz adalah untuk menyedarkan Pak Lah bahawa “Kucari Damai Abadi” bukan berada di kerusi Perdana Menteri, sebaliknya kedamaian negara akan wujud dengan perletakan jawatannya itu. Dia adalah punca segala-galanya. HE suka. HE suka surat itu wujud untuk dihantar kepada Pak Lah. Ia Jelas dan berani.

Surat ini juga akan melihat apakah tindakan Pak Lah terhadap Mukhriz, dan juga penjaga punggung dan orang sekitar Pak Lah terhadap tindakan Mukhriz ini. Kita tunggu dan lihat.

Untuk paparan jelas: Klik di gambar (Terima kasih kepada..The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles….)

PUTRAJAYA 14 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan memberi penekanan sepenuhnya bagi memperbetulkan sistem pelaksanaan pemerintahan serta menjamin wujud pengagihan saksama antara kaum dalam usaha memastikan tidak ada lagi perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri percaya terdapat hubung kait antara timbulnya perasaan tidak puas hati, terutama dalam pengagihan pelbagai kemudahan dan projek, dengan punca kurangnya sokongan rakyat terhadap parti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang baru berakhir.

“Mereka tidak menentang, tidak mengatakan tidak puas hati dengan rancangan pembangunan yang ditetapkan, (tetapi) mereka mempersoalkan tentang pelaksanaan, itu yang mereka kurang puas hati mengenainya. – Utusan Malaysia

Tak fahamnya HE dengan Pak Lah, dia masih tidak faham lagi rupanya. Bukan projek atau pelaksanaan projek penyebabnya, rakyat sudah tidak mahu Pak Lah jadi perdana Menteri, itu sahaja jawapannya. Jelas dan Terang untuk Pak Lah renungi.

Advertisements

2 thoughts on “>Surat Mukhriz kepada Pak Lah: Berani dan Jelas

  1. >Terimkasih Pak Lah…kerana menaikkan gaji pekerja perkhidmatan awam mcm saya ni. Pas tu, yg pilih kwsp pulak boleh tukar ke pencen, skil pencen pun naik. Peduli lah cakap2 tu.. Memang mereka2 yg kalut sikit tu perlu dijaga ketat mcm Tun jaga dorang. Tun pandai tarik selimut tutup taring dorang, Pak Lah ni sentimental. Tidak suka tutup2. Yg bertaring pula, kini tunjuk taring…mcm ..grrr…kemanusiaannya agak rendah daripada normal. Tak apa…sampai masa Pak Lah turun jugak tu. Sabarlah kamu semua, harap2 yg ganti dia kelak memenuhi selera semua orang (kecuali saya.. Pak Lah still my choice).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s