>Hari Terakhir di Asia Bunka Kaikan

>Asia Bunka Kaikan (ABK) adalah sekolah Bahasa Jepun HE di sini. Walaupun tidak sehebat sekolah bahasa lain atau kebanyakan daripada kami mengatakan sekolah ini teruk dari pelbagai segi namun dia telah memberi pelajaran kepada HE sehingga HE mampu bercakap dalam Bahasa ini walapun tidak sefasih orang Jepun mahupun selancar isteri HE. Terima kasih kepada guru-guru di sini walapun mereka ini sebahagiannya dikategorikan sebagai kibishi dan tsumetai kokoro namun mereka menjalankan tugas mereka.

Pada hari terakhir di ABK, sebahagian daripada kami yang hadir pergi berjalan-jalan di NHK dan Yoyogi Park dan akhir sekali di Meiji Jinja (Kuil). Seronok juga menghabiskan masa bersama rakan sekelas selain daripada waktu belajar.


Oshin , originally uploaded by hairieusoff.

Di NHK, seronok juga. walaupun stesyen ini mirip RTM tetapi lebih menarik daripada lawatan HE di RTM suatu ketika dahulu. Tambahan pula hendak memasuki Angkasapuri denga kawalan Pak Guardnya yang mengalahkan memasuki Istana Negara, di NHK lebih santai dan menghiburkan. Di sini HE mendapat tahun jepun hanya akan menggunakan televisyen analog sehingga tahun 2011, jadi sekarang orang Jepun dalam proses pertukaran televisyen digital. Tapi HE ada juga dengan bahawa, ada transformer yang boleh menukarkan TV analog untuk menerima isyarat digital. Tetapi ia belum rasmi lagi di Jepun. Selain itu, sahabat-sahabat HE sempat membuat dubbing suara untuk drama Oshin. Menariknya apabila mendengar suaara sendiri sebagai pelakon drama. Kalau kali ke sini perlu cuba menjadi pelakon suara. Ada juga untuk dubbing suara animasi. Apa kata mencuba.


Sakura, originally uploaded by hairieusoff.

Selepas ke NHK, kami ke Yoyogi Park untuk melihat sakura, nampaknya belum banyak yang tumbuh. Ada beberapa rimbun yang sudah keembang dan di situ tempat kami makan tengahari dari bekalan yang dibawa. Sambil-sambil itu, guru kelas kami menanda ujian kanji (tulisan Jepun seperti karektor Cina).


Jinja Gate, originally uploaded by hairieusoff.

Selesai makan, masanya untuk ke Meiji Jingu (diperbetulkan), Kuil Zaman Meiji yang berhampiran dengan Yoyogi Park. Walaupun tiada apa yang menarik, namun seni bina kuil Jepun memeang terkenal kerana keunikan struktur bangunan dan material yang digunakan. Selesai. Semua pulang, Aku dan seorang rakan ke ABK semula untuk berjumpa dengan seorang lagi guru kelas untuk memberikan cenderamata. Dia nampak sugul dengan keadaan petang itu. katanya, kami pelajar Malaysia antara yang special berbanding sebelum ini. Ya, kami mengakuinya.


Komen Sensei, originally uploaded by hairieusoff.

Kalau setakat yang HE belajar, berikut adalah apa yang HE mampu terjemahkan.

Kamarul,

Pemahaman komunikasi dengan orang dah semakin pandai. Semasa waktu rehat, pelbagai perkara dibualkan dengan rakan sekelas dalam bahasa Jepun dan selalunya nampak gembira. Walapun Kamarul sibuk, masih menaip karangan menggunakan PC. Ini adalah pertama kali berjumpa dengan pelajar yang menulis blog di dalam Bahasa Jepun. Pada pandangan saya apa juga minat yang dibawa, kamarul meletakkan kesungguhan ke atasnya. Mulai sekarang, teruskan menulis blog untuk dibaca.

Guru Kelas J3 Akimoto Yumi

ps: Blog bahasa Jepun HE, sesungguhnya, tatabahasanya memang tungganglanggang, sekadar memberi latihan pada diri sendiri agar tidak lupa.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s