>Pak Lah: Berundur bukan bererti kalah

>

Berucap di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana di sini malam ini, Abdullah dalam nada tegas berkata: “Saya akan teruskan perjuangan dan saya tidak akan meletakkan jawatan!” – Utusan Malaysia.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bersedia melepaskan jawatannya dalam parti itu ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Sambil mengumpamakan dirinya sebagai ketua pasukan yang telah gagal, Tsu Koon berkata, beliau perlu memikul sepenuhnya tanggungjawab berikutan kekalahan tersebut. – Utusan Malaysia

Dua nada berbeza tetapi sama komponen. 

Di media banyak menegaskan pandangan-pandangan umum dan orang kuat negara kiri dan kanan agar Pak Lah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebagai tanda tanggungjawabnya atas kekalahan terburuk BN semenjak 1969. Di dalam enteri HE sebelum ini, HE ada bercerita tentang tanggungjawab politikus Jepun apabila mereka sanggup dan merelakan diri mereka meletak jawatan sekiranya orang bawahan (subordinat) mereka melakukan kesilapan. Di Malaysia, walaupun kesalahan demi kesalahan dilakukan, sukar bagi pemimpin mahu turun dan melepaskan jawatan kecuali kes-kes yang tidak dapat diselindung seperti kes Dr. Chua Soi Lek.

Kes ketidakpercayaan rakyat terhadap pemimpin memang suatu sejarah panjang dan ia adalah perkara yang perlu dipelajari oleh setiap pemimpin. Mereka perlu mengakui hakikat bahawa di dalam demokrasi, suara rakyat mencerminkan sokongan terhadap pentadbiran mereka dan apabila rekod buruk dipamerkan maka isyarat tidak meyokong mula terpancar ia membawa maksud pimpinan negara ditolak rakyat dan teraju mesti bertanggungjawab ke atas rekod buruk itu.

Apa yang berlaku kepada Thaksin Shinawatra dalam krisis ketidakpercayaan rakyat terhadapnya mungkin akan berlaku di negara kita jika pimpinan sekarang masih berdegil untuk tidak melakukan kehendak rakyat. Kedegilan akan memakan diri. Jika rakyat sudah menyuarakan pandangan mereka sebelum PRU12 baru-baru ini dan ia seolah tidak diendahkan, maka impaknya telah berlaku di dalam PRU12. Seterusnya jika kesan daripada PRU12 ini masih dipandang sepi pimpinan sekarang, adakah sejarah Thaksin akan berlaku di negara kita?

Atau Pak Lah mahu mengambil jalan sebagaimana Presiden Musharaf di Pakistan untuk terus kekal sebagai ketua negara walaupun ditolak rakyat di dalam pilihanrayanya tahun ini. Walaupun relatifnya berbeza, seperti membandingkan epal dan limau, namun kita perlu lihat kesannya. Adakah kita mahu sampai adanya pemimpin yang ditembak mati seperti Benazir Bhuto melingkari senario politik negara? Dan adakah pada masa itu baru Pak Lah mahu mengundur diri?

Di Jepun amalan mengundur diri kerana tidak mendapat kepercayaan memang banyak. Di dalam kabinet bekas Perdana Menteri Jepun sebelum ini, memperlihatkan cara itu cukup meluas. Antaranya Ginchiro Sata yang meletakkan jawatan kerana rakyat merasakan beliau tidak mempercayai Menteri Perundangan dan Pentadbiran itu. Malah Shinzo Abe juga meletakkan jawatannya dengan alasan masalah kesihatan sebenarnya menurut beberapa penganalisis politik bahawa beliau tidak mendapat sokongan rakyat dan juga sebahagian pemimpin di dalam partinya.

Tung Chee Hwa atau Ma Tung, pemimpin Hong Kong telah mengumumkan persaraannya pada Mac 10, 2005 kerana masalah kesihatan. Kita tahu sebenarnya beliau juga dikecam hebat atas kelemahan pentadbirannya serta dasar-dasarnya yang begitu kontroversal dan tambahan pula kesan masalah SARS di Hong Kong ketika itu begitu hebat sebelum itu. Pengundurannya menjadikan satu kelegaan kepada rakyat Hong Kong dan sekurang-kurangnya keadaan dalam negara semakin aman.

Di negara kita sebenarnya tradisi itu sudah wujud. Perdana Menteri Malaysia ketiga juga mengambil keputusan untuk megundur diri kerana masalah kesihatan. Kita juga tahu, masalah komunis masih menjadi perkara besar ketika itu dan kerumitan itu membawa kepada pengundurannya. Jika Pak Lah berundur sekalipun, kita rasa dia berundur secara hormat kerana merealisasikan kehendak umum. Tiada salahnya dan tiada malunya untuk mengakui kekalahan kerana ia bukan bererti kita kalah selama-lamanya. Jika berdegil sekalipun, rekod Pak Lah sudah terlihat pada PRU12 ini. Berbanding Tun Mahathir, walaupun berlaku perpecahan semasa Anwar Ibrahim dilucutkan jawatannya, BN masih memperolehi 2/3 majoriti. Pak Lah pengunduran menurut kehendak rakyat bukan bererti kalah tetapi sebagai pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat, ia adalah menyempurnakan hajat rakyat. Semoga Pak Lah sedar hakikat itu.

ps: HE rasa panas.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s