>Dan Anugerah Ini Jatuh kepada…

>Kagum! Lega dan Terkejut, semua berbaur. Asalnya memang HE tidak suka berbicara tentang politik kerana ia isu paling sensitif dalam pandangan setiap kita. Tetepi memandangkan Majlis penganugerahan Oscar Negara kita selesai semalam (walaupun tidak sepenuhnya), HE hendak juga berkongsi pandangan seorang bernama HE.

Bapa HE pernah melalui pengalaman berpolitik di Selangor dan antara orang-orang kuat di Bahagian *tut*. Dia sudah merasai permainan politik dan asam garam hidup game itu banyak mengajarnya tentang sebahagian politik negara. Malah HE memang kagum dengannya kerana dia memang selalu membaca surat khabar dan melihat berita dari pelbagai sudut untuk menelah pandangan sendiri dan memutuskan pandangan terhadap sesuatu perkara.

Manakala bapa mentua HE, seorang bekas exco Kerajaan Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Beliau juga pernah merasai permainan politik Pulau Pinang dan melihat kekotoran dan kesucian manusia dia dalam politik. Pengalaman melalui dua orang ini menjadikan HE lebih senang menjadi pendiam dalam politik. Kata orang-orang Barisan Nasional yang ghairah, “di luar sana banyak yang silence majority“. Ya memang HE sebahagian silence majority tetapi mereka tidak tahu apa stand yang dipegang oleh silence majority ini. Bukan bererti mereka ini berdiri di atas pagar atau tiada pendirian sebaliknya, mereka lebih suka berpegang pada bumi yang nyata. Mereka suka melihat rekod yang tulen untuk menentukan pilihan mereka. Mereka ini observer yang sentiasa mengikuti dari jauh dan dekat cuma mereka akan lakukan serangan apabila masa sudah tiba ibarat Sang Raja Rimba menyerang mangsa bila semua keadaan sudah tentu ampuh untuk menjatuhkan mangsanya.

Apa boleh kita katakan keputusan PRU12 ini? Ia satu jam loceng kepada mereka yang tidur. Bangun! Itu mesej penting kepada mereka yang kuat tidur. Perubahan yang diberikan dalam keputusan pilihanraya ini jelas menujukkan rakyat sudah muak dengan orang-orang yang berkhidmat dalam kerajaan pemerintah sekarang. Atau ada satu faktor juga yang menjadi asas iaitu, mungkin sebab utama kerana rakyat benci kepada pimpinan ketua negara yang dilihat sangat memalukan. Kita mempunyai rekod yang baik untuk kerajaan sebelum ini (walaupun tidak semuanya sebaik) tetapi kali ini pemerintahannya paling buruk dalam sejarah kita setakat ini.

HE boleh kata di sini sebagai generasi muda seperti HE memang sangat mahu perubahan. Keputusan PRU ini adalah refleksi paling jelas menyatakannya. Ia mengingatkan HE lagu Ahmad Jais berjudul Malaysia Baru dan ini masanya malaysia baru yang diberikan oleh orang-orang baru untuk 4 tahun lagi. Kita cuma berharap dalam masa ini, negara kita akan terus makmur dan aman damai, sebagaimana lagu Negaraku, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan,.

Sebelum entri ini, HE mengatakan trend keputusan Oscar memilih pemenang kategori Best Film kepada kejutan-kejutan dalam ending filem. Rupanya trend itu juga terrealisasi dalam PRU12 ini. Dari Hollywood ke Mallywood, Kesinambungan trend ini memperlihatkan generasi muda yang hampir 40 peratus dalam pemilihan PRU12 ini, lebih agrasif dan lebih mudah menyampaikan pandangan mereka. Orang yang tidur harap-harap bangunlah segera dan berikan kerusi anda kepada yang lebih layak kerana pada malam ini, trofi anugerah ini jatuh kepada…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s