>Cetak Rompak Yang Halal?

>Untuk entri yang lepas HE bercerita tentang HE menonton berita NHK tentang Malaysia dikatakan negara pertama menggunakan anjing pengesan untuk mencari DVD palsu atau DVD cetak rompak (Anjing pengesan DVD). Kali ini HE akan bercerita bagaimana di Jepun ada sedikit ruang untuk kita membuat DVD kita sendiri atau menciplak CD. Sebenarnya HE bukan mengajak kalian membuat perkara jahat. Cuma HE ingin memberitahu, ada ruang-ruang tertentu ayng membolehkan perkara ini berlaku di Jepun. Pada pandangan HE, orang Jepun memang menjaga hak-hak dalam royalti dan berkaitan hak cipta tetapi mereka juga dalam masa yang sama mengalakkan promosi berkaitan kerja-kerja artistik seperti lagu dan filem melalui sewaan dan juga muat turun.

Di Jepun, jika kalian mahu tahu, HE menggunakan talian jalur lebar yang dikatakan paling pantas di Jepun iaitu Hikari One. Hikari One ini adalah produk syarikat telekomunikasi terkemuka di sini iaitu KDDI yang juga penyedia talian selular AU. Hikari One menggunakan talian gentian optik (fibre optic) untuk penyambungan dan dengan itu ia menyediakan perkhidmatan capaian dengan kelajuan 100Mbps berbanding di Malaysia yang memberikan kita 1Mbps melalui Streamyx. Lihat betapa 1 peratus sahaja yang kalian dapat berbanding HE di sini. Dengan kelajuan sebegini, muat turun fail muzik ataupun filem mengambil masa beberapa minit sahaja. Selepas muat turun, kalian boleh dapatkan sarikata atau subtitle dan gabungkan semasa membakar CD (burn DVD atau CD). Maka dengan mudahnya kalian akan mendapat DVD yang menjadi idaman kalian. Ini memang cara yang merompak!

Selain daripada itu, Di Jepun ada menyediakan perkhidmatan memuat turun secara sah. Apabila menyebut perkataan sah, ia akan melibatkan wang. Maka setiap muat turun dilakukan, bayaran perlu dibuat terlebih dahulu. (Sila ke laman web ini untuk melihat contoh – DVD Burning). Selepas memuat turun, kalian boleh lakukan pembakaran DVD seperti HE nyatakan di atas.

Satu lagi cara adalah dengan cara menyewa CD atau DVD. Di Jepun ada kedai sewaan CD dan DVD yang banyak. Antaranya yang terkenal bernama Tsutaya dimana kita boleh meminjam dengan secara dalam talian atau terus ke premis yang banyak ada di kawasan perumahan dan stesyen keretapi. Ada kalangan sahabat HE, dalam waktu pinjaman, mereka membuat salinan atau melakukan rip video.

Di Jepun juga ada kedai membolehkan kalian jual CD, DVD, peralatan elektronik yang sudah tidak mahu digunakan. Di Jepun, pengeluaran produk yang berteknologi baru begitu cepat, maka, ada kedai yang menerima produk yang sedikit lama untuk dijual semula. Kedai seperti Hard Off menyediakan perkhidmatan membeli barang terpakai dan menjual semula dengan harga yang agak murah. Jika di Malaysia HE pernah lihat satu berdekatan dengan Ampang Point iaitu kedai bernama Converter. Cara sedemikian juga membolehkan kita mendapat CD yang tidak begitu lama tetapi menjadi idaman kita.

Kadang kala di negara kita, jika kita tidak boleh membenarkan masyarakat membeli atau menjual CD atau DVD cetak rompak, kita perlu mencari jalan agar ada opsyen menyaingi aktiviti ini. Kerana apabila ada opsyen, masyarakat boleh memilih atau membuat keputusan untuk menentukan cara sokongan mereka terhadap usaha mempromosikan bakat dan harta intelek mengikut kemampuan mereka. Tambahan pula waktu-waktu semuanya harga meningkat naik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s