>Bertanggungjawab

>Waktu sekarang, di Malaysia panas dengan isu pilihanraya. Pak Menterinya pula sibuk berkempen untuk memastikan parti mereka menang (diri mereka menang untuk dapat elaun). Kemenangan mereka ini sudah pastinya memberikan mereka tanggungjawab yang besar. Adakah mereka sedar tanggungjawab mereka?

Di Jepun satu kejadian agak “bising” telah berlaku. Baru ini Kerajaan Jepun ada membeli kapal pertahanan yang baru. Kapal itu telah dilayarkan balik ke Jepun dari negara pembuat kapal tersebut. Dalam perjalanan pulang, satu kemalangan telah berlaku antara kapal pertahanan itu dan juga sabuah kapal perikanan laut dalam. Akibat perlanggaran tersebut, kapal nelayan itu telah terbelah dua dan nelayan-nelayan kapal itu di dapati hilang di lautan terbentang yang dalam itu.

Kejadian tersebut menyebabkan keluarga mangsa marah terhadap kerajaan kerana kapal pertahan sebegitu tidak boleh mengesan kepal nelayan tersebut. Mereka menuntut supaya kerajaan mencari mayat ahli keluarga mereka. Tetapi pencarian tersebut tidak berjaya kerana kedalaman laut yang memang tidak tergapai. Maka kebanyakan media bersetuju dengan saranan keluarga agar kerajaan khasnya menteri pertahanannya bertanggungjawab.

Semalam, kapten kapal datang memohon maaf kepada keluarga dengan lenangan airmata. Di negara kita, bolehkah orang atas dipertanggungjawabkan atas kesilapan subordinat? Bolehkan kita meminta Pak Menteri kita berundur dan bertanggungjawab terhadap kesilapan pegawai-pegawai mereka?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s