>Bisingnya

>Semasa balik daripada kelas hari ini, HE pergi ke Shin-Okubo iaitu boleh dikatakan bandar Korea di Jepun. Bukan bermaksud tanah jajahan Korea di Jepun tetapi di situ banyak kedai Korea dan beberapa kedai halal boleh dijumpai. Tujuan HE pergi pun memanglah hendak mencari daging halal, maklum sahaja, bekalan di rumah sudah hampir tamat.

Semasa balik, HE duduk di dalam keretapi sambil mengangkut beberapa ekor ayam dan sebahagian lembu. Boleh dikatakan berat, dan mujurlah di dalam keretapi dapat tempat dan keretapi memang kosong. Letih. HE tidur.

Tiba-tiba kedengaran suara anak bertempik. Sudah sampai rumah? Fikir HE. Rupanya masih di dalam keretapi. Lena sungguh tidur HE. Suara anak itu datangya dari seorang kanak-kanak lelaki lebih kurang sebaya anak HE. Derai tangisnya mengaum satu gerabak dan nampak seperti si ibu malu dengan tingkah anaknya itu. HE memandang sekeliling, rama melihat si ibu yang cuba mententeramkan ana itu dengan jeliangan maut. Lagaknya seperti si ibu itu melakukan kesalahan besar. Kedengaran pula gadis-gadis di sebelah HE berbisik-bisik; “Urusai

Rupanya anak itu sudah mengantuk. Sama seperti anak HE, bila mengamuk itu tandanya dia mengantuk. Tidak lama kemudian, si anak itu tidur dengan lenanya.

Orang Jepun memang cerewet. Kadang kala seperti tiada berhati perut. Mulut bising pun ya juga.

(Sekadar kisah di Tokyo – Tempat lain HE tidak tahu)

Urusai – Bising

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s