>Kisah di dalam Hati…

>HE selalu berkomunikasi dengan ibubapa HE melalui Yahoo Messenger. Tekan butang Call, mereka akan Accept dan terus sahaja bercakap seperti telefon. Butang webcam ditekan, dan mereka boleh menerima wajah HE dan HE boleh menerima wajah mereka nun di Ipoh.

Walaupun cara ini dapat mendekatkan kita dengan orang-orang yang kita sayang dan dirindui, tetap ia tidak sama dengan melihat mereka secara 4,5 dimensi. Cara itu adalah kata-kata HE dari hati. Rindu rasanya. Rasa mahu pulang tapi kewangan tidak mengizinkan.

Bercerita tentang kewangan, di Jepun ini, ramai antara kami yang membeli kereta besar-besar. Macam HE memang tidak mampu. Duit yang digunakan memang mencukupi sahaja. Hairan juga mereka yang mampu membeli kereta di Jepun ini. Walaupun mereka kata murah, HE rasa dengan duit yang ada melalui biasiswa, memang tidak mencukup, tambahan pula harga barang sudah banyak yang naik.

HE rasa kerajaan khasnya JPA perlu naikkan kadar biasiswa di Jepun memandangkan pelajar di semua negara lain, biasiswanya naik melalui Belanjawan tahun 2008 tetapi Jepun masih kekal pada tahap lama. Jika mereka yang membuat keputusan untuk mengekalkan kadar biasiswa, silalah lihat kenaikan harga barang di Jepun. Jika mereka menilai dari kemampuan pelajar membeli kereta, ia tidak akan mencapai maksud. Ini kerana ada di antara mereka yang membeli kereta menggunakan wang yang diimport dari Malaysia.

Kerjasama tuan di dahulukan dengan ucapan terima kasih (macam ayat surat pulak)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s