>Payahnya Mendapat Kepercayaan orang Jepun

>Tajuk di atas sebenarnya HE tidak tahu hendak letak apa. Tetapi apa yang HE cuba ceritakan di sini adalah kepayahan yang HE hadapi dalam mencari rumah di Jepun, khasnya kawasan yang katanya hajimete berurusan dengan gaijin. Kawasan yang HE cari adalah kawasan yang berdekatan dengan Universiti yang bakal HE masuk pada April ini. Malas rasanya nak berulang-alik dengan keretapi setiap hari sebagaimana sekarang. Sejam di dalam keretapi sungguh memenatkan. Lebih baik berbasikal dan menghirup udara segar daripada merasai bersin dan batuk manusia yang sesak di dalam keretapi.

Cadangan HE untuk memasuki sebuah rumah yang HE rasa sangat sesuai dengan persekitaran yang benri. Iaitu berdekatan dengan eki, berhampiran dengan supa dan ada laluan bas yang mudah supaya senang bergerak. Maklum sahja kereta tiada, jadi keetapi, bas dan basikal sahaja yang mampu dimiliki.

Di Jepun sukar mendapat iklan secara persendirian “Rumah Untuk Disewa” atau “House To Let” seperti di Malaysia. Kalau mahu melihat di surat khabar, bukan boleh faham. Tetapi yang menariknya ada agen yang menguruskan sewa rumah ini di setiap eki banyak rangkaian kedainya. Agen seperti Apaman, Able dan Minimini amat popular di sini.

Beberapa bulan lalu HE sudah buat temujanji dengan agen ini dan rumah yang dicari melalui internet itu dipersetujui. Janji temu tlah dibuat dan pihak agen seperti biasa meminta pelbagai borang dan HE dibawa melihat rumah yang diingini. Perkhidmataannya baik dan mesra, maklumlah nak duit kita. Sementara itu rakan HE yang juga mencari rumah, datang kemudian dan kami bertemu di pejabat agen kemudian. Dia datang tanpa temujanji telah pergi ke rumah yang diingininya dan secara kebetulan berjumpa dengan tuan rumah. HE pula 100% memang hanya agen yang dapat dijumpai.

Hendak dijadikan cerita, setelah mengisi borang dan melihat amaun masing^masing untuk dibayar, rasa seperti nak pengsan tapi itulah dia standardnya. HE dibenarkan duduk sebulan percuma mulai akhir bulan Februari dan diminta membuat bayaran bulan April. Bayaran diperlukan sebanyak ¥214,000++. Manakala rakan HE kena bayar ¥203,000++. Macam tidak jauh beza mungki disebabkan dia perlu lebih membayar diposit manakala HE hanya perlu bayar sebulan deposit. Nampak keadaan agak mudah pada masa itu. Yang perlu kami buat adalah mendapatkan penjamin.

 Setelah mendapatkan penjamin daripada kedutaan Malaysia, kami menghantarnya semula kepada agen. Katanya HE kena bayar lebih sedikit lagi kerana penjamin bukan orang Jepun. katanya HE kena bayar ekstra ¥30,000++. Nasib baik dia kata boleh sesiapa sahaja, ada sesetengah agen pula, orang Jepun itu mesti mempunyai pertalian darah. Memang sah kita kena bayar 30,000. Orang Jepun memang sukar untuk mempercayai orang khasnya gaijin. tapi kita perlu meyakinkan mereka, pada masa itu baru mereka sedar bahawa gaijin juga ada hati dan perasaan. Nak dijadikan cerita, rakan HE pula tidak perlukan orang Jepun untuk menjadi penjamin. Macam mana tu? Semuanya bergantung kepada tuan punya rumah. Tuan Rumah HE  kibishi sedikit, jadi terpaksalah ikut.

Oran jepun memang terkenal dengan cerewet. Mereka (kebanyakanya) suka menuduh orang lain bebuat jahat kepada mereka. Mereka kagum sangat dengan bangsa mereka. Ini tertanam sejak dahulu. Baru-baru ni ada satu kes makanan Cina yang popular di Jepun iaitu Gyoza yang dikatakan beracun. Mereka menuduh China mengeksport makanan tidak berkualiti kepada mereka. Sejeka beberapa waktu kebelakangan ini media Jepun kuat mencemuh negara China dengan beberapa propaganda dan termasuk isu Gyoza ini (cari di Internet apa itu kuih Gyoza). Apabila tunduhan melampau ini kian hangat, para penyiasat dari China datang melihat sample Gyoza di Jepun dan mendapati Gyoza di kilang China tiada racun dan gudang yang menyimpan Gyoza di Jepun ada kesan-kesan keracunan. Bagi menutup malu, para media mereka cuba mengalih berita Gyoza beracun akibat perbuatan Bangsa mereka sendiri kepada isu-isu cara pembuatan dan kilang-kilang China yang kotor dan membuat perbandingan kebersihan kilang mereka yang menggunakan pemprosesan secara robotik dan mekanikal.


Gyoza

Jadi itulah dia orang jepun yang jika kita melihat mereka sebuah bangsa yang maju tetapi sebuah bangsa yang suka memandang rendah kepada bangsa lain (tidak semua – HE terpaksa kata sebegini kerana orang mengenerelize HE kata semua orang Jepun pula). Mereka (tidak semua) juga sukar mempercayai orang lain sehinggalah mereka betul-betul duduk dikalangan kita.

hajimete: kali pertama
gaijin: orang asing/orang luar
eki: stesyen keretapi
supa: supermarket
benri: mudah
kibishi: tegas

8 thoughts on “>Payahnya Mendapat Kepercayaan orang Jepun

  1. >Eh, terima kasih! Baru tahu apa maksud "hajimete" setelah sekian lama mendengarnya dalam lagu diorang, haha! :mrgreen:Eh, hubungan/masalah rakyat Jepun/China ni, rasanya ada iras hubungan/masalah rakyat kita dengan jiran sebelah kita tu kan?Tapi saya rasa kita tak macam orang Jepun, sebab kita tersangat terbuka dalam menerima budaya asing, termasuklah budaya Jepun (maka sebab itulah ramai gila pengobses Jepun di sini, hehe!).P/S: Salah satu perkara yang saya suka fasal orang Jepun ni ialah mereka punya ENGRISH! :mrgreen:

  2. >kira-kira 10 tahun aku pernah kerja ngan jepun di negara jiran. aku sorang je pegawai melayu dan islam kat opis tu. iktibar yg aku dapat;orang jepun tak respek kat melayu sebab orang melayu suka khianat kat bangsa sendiri (maklum kuli batak banyak melayu)aku tak respek kat jepun sebab diorang pengotor bab kebersihan diri, malas mandiwaktu aku kerja ngan diorang, diorang kenakan aku macam2. program yg aku cipta diorang kutuk abis2. tapi akhirnya rahsia terbongkar… program yang aku cipta tulah yg membuatkan diorang menang plant terbaik 4 bulan berturut-turut antara plant2 subsidiary seluruh dunia… tu pun aku tahu masa aku nak berenti kerja… diorang pujuk aku kerja balik dan ajar program tu kat depa… aku jawab setelah ditranslate, japanese kan pandai, kau buat sendiri laaa… kekeke… GM, MD semua pujuk aku… tapi boleh jalan daaaah… aku tak layan… sobabnya… dekat setahun aku kerja situ… solat jumaat tak boleh… solat zohor dan asar nyorok2 kat celah2 mesin… gila apa…

  3. >setiap bangsa ada baik dan ada buruknya. memanglah nampak orang Jepun obses dan gah dengan bangsanya, mungkin kita pun patut contohi itu. Sebab itu, di mana ada orang Jepun, ada komuniti kecil di situ sebab mereka menggunakan khidmat orang Jepun shj. Bagusnya kalau orang melayu begitu dan bukan berhasad dengki, (saya tahu sebab ibu bapa saya berniaga – pernah disantau sebab bersaing meniaga)Tidakkah kita pernah memandang rendah pada bangsa serumpun seperti Indonesia, Vietnam, Cambodia dll. Maaf – sedangkan orang India pun kadang2 kita kutuk kan?Yang penting, yang baik jadikan teladan. Bangsa Jepun tak mandi? Tak lakulah sento dan onsen kalau begitu?Yang penting – kita juangkan bangsa kita, tunjukkan bahawa bangsa kita ini bagus dan amanah, biar orang luar hormat dengan kita.

  4. >Hmm.. nie kes baling batu sembunyi tangan nie..Nie laa bila terlalu maju.. memandang rendah plak pada negara org lain..shy:-Suka lagu Miraie (betul ke shy eja ni HE)

Tinggalkan komen