>Keserabutan Iklim Dunia

>

Ladang Nashi , originally uploaded by hairieusoff.

Ahad Lepas, bumi Jepun digugurkan dengan salji yang lebat sepanjang hari. Sebelum ini, ramalan menjangkakan sudah tiada lagi salji di Jepun dan Haru akan menjelma.

Salji yang lebat ini merealisasikan hajat HE untuk merasai ais-ais ini turun dari langit dan memutih alam. Seronok melihat kelagat anak bermain salji dan tidak mahu masuk ke dalam rumah. Padahal bapanya sudah kedinginan sehingga menusuk tulang. Kebal sungguh anak ini.

Yang si ibu pula, gusar jika tergelincir memandangkan kandungan masih dikhuatiri tercicir.

Seronok meihat keadaan memutih ini tetapi tidak suka pula mengharunginya kerana sukar bergerak kerana gelincir, terpaksa memakai kasut Pua Chu Kang dan juga menyelimuti badan dengan baju tebal. Itulah dia manusia, bila sejuk, mahukan panas, bila panas, mahukan sejuk.

Bercakap tentang gelincir akibat salji, di Jepun pada Ahad lepas, 53 orang dilaporkan tergelincir kerana salji. Walaupun salji itu sangat indah tetapi ia sangat bahaya pada keadaan tertentu. HE juga mengalaminya. Tambah licin, apabia salji sudah mengeras dan padat ia seperti berada di pentas ice skating.

Adia dan Anjali, originally uploaded by hairieusoff.

Keindahan salji ini berlaku kerana keserabutan iklim alam. Cuaca sukar di ramal sebaliknya memberikan kejutan yang diluar dugaan. Apa pun dunia patut menghormati protokol Kyoto dalam memulihara alam dan ingatlah masa dpan anak-anak kita.

Haru: Musim Bunga

ps:Hari ini adalah hari Ulangtahun Emak HE. Selamat Hari Jadi Emak, semoga sentiasa ceria dan nampak muda.

Advertisements

One thought on “>Keserabutan Iklim Dunia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s