>AJL

>Rasanya, lepas cerita politik nak cerita pasal hiburan pula, bagi longgar-longgar sikit. Cerita pasa AJL. APa lagi sejak seminggu ini cerita ini yang menarik kerana sudah 22 tahun hidupnya. Ramai yang merasakan ini adalah yang terbaik sejak ia dianjurkan. Mungkin kerana keputusannya agak memenuhi kehendak semua.

Seronoknya melihat gabungan tua muda dalam rancangan ini. Mereka yang sudah ada nama dan mereka yang baru naik di satukan di dalam majlis ini untuk beradu suara untuk merealisasikan impian pencipta lagu dan lirik.

Melalui TV streaming sahaja mampu menonton memandangkan TV3 tiada di Jepun ini. Tetapi sesuatu yang menarik juga kerana jika di TV dapat menonton iklan tetapi secara streaming menonton pula imbasa-imbasan yang diulang tayang klip sebagaimana dalam laman web.

Pada saat menonton, persembahan Siti dan Mawi memang boleh beradu tenaga tetapi jelas Mawi membawa trofi pulang kerana kelebihan pada persembahan Mawi adalah penampilan terhadap persembahan magik (silap mata) semasa menukar bajunya. Jika persembahan membawa budak atau orang tua, ia telah dilakukan oleh Siti Nurhaliza terlebih dahulu.

Dari segi kemenangan Johan Nawawi dalam Samudera yang dubawakan oleh Nora, sememangnya telah dijangkakan kerana ia mempunyai lirik yang hebat dan melodi yang lebih segar untuk kategori ini berbanding lagu Kisahnya Balkis dan Digahayu. Walaupun vokal Aishah dan Ramlah tidak sehebat dahulu tetapi kemampuan membawa lagu mereka itu adalah sesuatu yang menakjubkan. Lagu mereka memang suka dibawa dan memang bersaing rapat. Hanya kesegaran muzik yang memenangkan Samudera.

Kategori balada yang menampilkan 5 buah lagu kerap bersaing untuk menempatkan tempat sebagai juara tetapi tahun ini nampaknya bukan berpihak kepada mereka. Dari ketegori ini memperolehi persembahan vokal terbaik melalui Ceritera Cinta nyanyian Jac dan Lah. Pada pandangan HE Bob juga memberikan persembahan terbaik namun ia belum cukup mampu bersaing kerana lagu Kasih Tercipta nyanyian asal Faizal tahir tidak tertonjol pelbagai gaya vokal untuk membawa Bob anugerah Vokal Terbaik. 

Kemenangan Estranged melalui Kategori pop Rock dan Juara Lagu memang telah diduga, jika bukan Estranged menang mungkin Kategori ini juga akan memenanginya memandangkan wakil bagi kategori ini adalah paling banyak iaitu sebanyak enam buah lagu. Kelainan muzik mereka menjadikan mereka juara. Tahniah kepada pemenang.

ps: Takziah kepada keluarga Allahyarham Loloq atau Rosli Khamis. Pemergianmu adalah kehilangan besar dalam arenamu.

Advertisements

2 thoughts on “>AJL

  1. >AJL tahun nie sememamngnye gempak..Tidak dinafikan.. Lagu yg dipertandingkan tahun ni.. sgt hebat..Persembahan terbaik..Raja SMS kali ni..mmg layak menang atas usahanya..Jika sebelum ini mungkin dek kerana populariti..CT tampil dgn busana ala-ala 'kylie minogue'.. Tetap joget yer!..Busana pengacara tahun ini pada shy satu 'malapetaka'..Entah kenapa Rizalman memperagakan pakaian yg terlalu simple..Nora..Kategori Etnik Kreatif..Shy mmg dah agak..Si kecil Sulu Serawak semmgnye mempunyai potensi besar…Extraged paling GEMPAK!..Dgn duit album sendiri..Lagu gubahan sendiri..Kemenangan mereka sememangnya berbaloi..Memperjudikan hanya satu lagu melayu yg dimuatkan dlm album Inggeris..Karya mereka tidak boleh dipandang rendah..Vocal terbaik..Jac..mmglah hebat..Tapi shy setuju dgn HE..ia lebih layak diberikan kepada BOB..kerana 'dugaan' yg patut dilalui oleh BOB utk lagunya lebih mencabar..Produksi AJL tahun nie..hebat dgn mandian cahaya lampu dan screen ala-ala MTV Music Award..Persembahan pembukaan Jimbara dgn lampu yg..mewarnai keseluruhan stadium..Aduh!..terkejut shy..juruteknik lampu kita mampu..melakukan sedemikian rupa..Cuma..Shy kurang berpuas hati dgn pentas Arena..dan Camera works..Pandangan mata terhadap kiri kanan pentas terganggu..Camera juga di merata tempat sehingga menunjukkan bagian belakang penyanyi..Nampak sehingga urat-urat baju yang tak bergosok..Pengacara! Aduh!..4 org.. Takpi keletah mereka hambar..Entah laa..Apapun.. Shy berikan 4 bintang utk AJL tahun ini..Shy:- Kalo HE kat Mesia nie.. Sahih pagi2 buta lagi shy dah tepon ke BTMK.. and 'gossip' pasal AJL.. Takpi takpe HE..kita masih ada YM..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s