>Kisah Lingam, Sang Hakim dan Mahkamah

>Apa yang berlaku di Malaysia sekarang berhubung video yang beberapa minit itu sehingga membawa kepada penilaian sebuah jawatankuasa khas dan dibicarakan adalah cerita panjang yang mempunyai satu tujuan yang satu. Kalian rasa apa?

Pada pandangan buta huruf politik HE, jawapan kepada kes Lingam adalah, semata-mata dendam Azwa Izrahim terhadap Dr. Mutahir dan mahu membersihkan namanya sahaja. Jika video yang dikatakan itu sebagai perperbuatan mengatur perlintikan Hakim, ini bermakna Sang Dr. (semasa itu sebagai Perdana Menteri) kononnya meletak orang-orang yang yang menjadi boneka Sang Dr. untuk sebarang keputusan Mahkamah. Maka Jika itu berlaku, Azwa Izrahim boleh mendakwa tuduhan-tuduhan sebelum ini boleh digugurkan dan mengambil tindakan kepada Sang Dr.

Ini suatu kisah dendam… kisah pembersihan nama yang tercalar,..bersabarlah, berdoalah, jika kita berada di jalan yang benar dan tambahan pula terniaya, apa perlu kita takut kerana Tuhan, insyaAllah akan memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya.

ps: Ada orang kata, entry ini kena berhati2, HE akuinya tetapi HE bukan tuduh, ini adalah pandangan dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa. Sama seperti apabila HE berkata kepada kawan HE apabila dia melakukan sesuatu yang HE tidak suka; ‘Kau buat menda tak baik la’. Itu kata dan pandangan HE, tetapi mungkin ada tujuan lain dia buat atau perkara terselindung daripadanya yang kita tak tahu. Mungkin kawan HE berpandangan itu adalah perkara baik untuk semua orang. Baik atau tidak baik atau apa juga pandangan adalah sesuatu yang subjektif.

 Apa juga keadaan bila kita ada sesuatu yang kita courious, kita akan membuat penilaian sendiri secara generalization yang selalu orang kata ia adalah falasi terbesar dalam pemikiran, well… itu kerap berlaku, manusia tidak sempurna tetapi mereka ada waktu dan hak mereka untuk berkata-kata kerana itu pandangan mereka, masa mereka dan mulut mereka. Benar seperti kata sebahagian orang, mereka perlu bertanggungjawab atas pandangan mereka tetapi orang lain juga berlu bertanggungajawab juga dengan mendengar pandangan orang lain kerana tidak semua orang berfikiran sama dengan kita.

Ini sebahagian daripada disclaimer la agaknya kan…ha ha ha. Jangan saman ye.

Advertisements

4 thoughts on “>Kisah Lingam, Sang Hakim dan Mahkamah

  1. >seriously no comment…tak ikut pun al-kisah 'brand chili sauce' nie..baik layan Heroes atau Amazing Race Asia…shy:- pernah baca komik 'dendam kesumat' masa kat ITM dulu..

  2. >Salam. Kot ini sebahagian daripada sitcom pilihanraya? Ini pantun berkenaan pilihanrayaBatang menjulur duri mengaitRotan sega tumbuh di lerengSikit berdengkur guruh di langitSungai dan tasik melimpah tebingDan ini pula pantun kisah videoPergi berkelah ke Tanjung PapanBerbekal manggis masih bertampukBegitu mudahkah mengelak tanggungan Kenyataan merapu mengaku mabuk? Sekadar pantun untuk direnung sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s