>Hari Menjadi Dewasa

>Hari ini 14 Januari, di Jepun cuti. Seijin no hi disambut untuk meraikan mereka yang sudah atau akan menjadi 20 tahun pada tahun tersebut. Sambutan ini memberi erti bahawa mereka sudah menjadi dewasa. Maksudnya sudah boleh minum (arak walaupun ada yang lebih awal agaknya), boleh merokok, boleh mengundi dan sebagainya.

Tahun ini di Malaysia mungkin kita mengundi. sudah 50 tahun Malaya mencapai kemerdekaan. Sudah separuh abad umurnya. Kata para ahli politik, jangan perjudikan masa depan negara. Yang lagi satu kata pula, ini masa kita mencari perubahan. Rasanya dalam bahtera yang berkonsepkan pentadbiran ‘sudah terhantuk baru hendak terngadah’ dan ‘sila pastikan itu ini, sila buat jawatankuasa itu ini’ selepas sesuatu kejadian. Apakah sesuai kita melihat mereka ini membuat siasatan setelah mereka jatuh?

Di Jepun, 20 tahun mereka meraikan kedewasaan mereka. Kita di Malaysia juga ramai juga sudah dewasa, negara kita juga sudah dewasa, dan pastinya kita bijak menentukan pilihan kita sendiri dengan memikirkan sebab dan akibat pilihan kita itu.

Advertisements

2 thoughts on “>Hari Menjadi Dewasa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s